Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) meluahkan kekecewaan mereka setelah ada pihak yang cuba mensensasikan keputusan seri 1-1 ketika berdepan Felda United dalam saingan Liga Super 2020 Sabtu lalu.

JDT menerusi Pengarah Teknikal kelab, Alistair Edwards turut menegaskan kedudukan ketua jurulatih pasukan, Benjamin Mora sama sekali tidak tergugat meskipun gagal meraih kemenangan ke atas Felda.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan kedudukan Mora berada dalam bahaya setelah juara bertahan Liga Super itu gagal untuk meneruskan rentak kemenangan.

Namun bagi Edwards tuduhan itu sama sekali tidak berasas dimana ketika ini JDT menghuni tangga teratas dalam carta liga, masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah serta berjaya membenam Suwon Samsung Bluewings dalam saingan AFC Champions League (ACL) 2020.

JDT
Mauricio menjadi penjaring gol kemenangan ketika JDT menewaskan Suwon Samsung Bluewings. Sumber Gambar: JST

Pada masa yang sama, Edwards turut hairan akhbar tersebut menjadikan seseorang yang tidak terlibat dalam industri bola sepak sebagai rujukan ketika menerbitkan berita terbabit.

Saingan Liga Malaysia ketika ini ditunda buat sementara waktu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang sedang melanda negara ketika ini.

Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim di sini:

Tanpa Pedulikan Amaran KKM Untuk Berkumpul, BOS Terus Bersorak Padu Diperkarangan Stadium Sultan Ibrahim

JDT Kekal Sebagai Pendahulu Liga Super 2020 Sehingga Tamat Tempoh Penangguhan

AFC Club Rankings: JDT Melonjak 16 Tangga, Pintas Muangthong United Untuk Muncul Top 3 ASEAN