Johor Darul Ta’zim berjaya merampas kedudukan teratas Liga Super 2019 daripada Pahang setelah berjaya menewaskan pasukan Felda United dengan keputusan 3-1 di Larkin semalam.
JDT mempunyai beberapa peluang keemasan untuk mencipta jaringan pada separuh masa pertama. Namun, percubaan Safawi Rasid dan Azrif Nasrulhaq berjaya ditampan oleh penjaga gol Felda, Norazlan Razali. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 0-0.
23' | FREEKICK SAFAWI
Sepakan percuma Safawi Rasid memaksa Norazlan Razali untuk melakukan 'saves' pertama beliau pada malam ini.@OfficialJohor 0-0 @feldaunitedfc #LigaSuper2019#MFLLive#JDTFEL pic.twitter.com/0XkLoTKc7A
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 5, 2019
Memasuki separuh masa kedua, JDT mengekalkan rentak menyerang mereka namun kecemerlangan Norazlan menjadi penghalang untuk mereka. Akan tetapi, pada minit ke-60, Felda terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Zahril Azri dilayangkan kad merah.
Pengadil kemudiannya melayangkan kad merah kepada Thiago Aquino kerana bekas pemain Perak itu didakwa sengaja melewatkan permainan. Ketua pasukan Felda, Hadin Azman turut dilayangkan kad merah dimana beliau mempersoalkan keputusan pengadil. Beberapa minit setelah layang kad merah kepada Thiago, JDT membuka tirai jaringan menerusi Gonzalo Cabrera.
Meskipun beraksi dengan lapan pemain, namun perkara itu tidak melunturkan semangat pemain Felda. Mereka berjaya menjaringkan gol penyamaan pada masa tambahan menerusi satu sepakan dari luar kotak penalti yang diambil oleh Jocinei.
90' | GOL JOCINEI!
Sepakan percuma dari Jocinei Schad terbias pertahanan JDT dan terus menerjah jaring! Kedudukan setara ketika ini di Larkin!@OfficialJohor 1-1 @feldaunitedfc #LigaSuper2019#MFLLive#JDTFEL pic.twitter.com/wEvGprdKM3
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 5, 2019
Masa tambahan sebanyak 8 minit serta kelebihan dari segi pemain nyata digunakan dengan baik oleh JDT dimana mereka berjaya menjaringkan dua lagi gol menerusi Akhyar Rashid dan Diogo Luis Santo.
90+3' | GOL AKHYAR!
Minit-minit akhir yang penuh aksi ketika ini di Larkin dengan Akhyar Rashid kembali meletakkan JDT dihadapan!@OfficialJohor 2-1 @feldaunitedfc #LigaSuper2019#MFLLive#JDTFEL pic.twitter.com/2apRLRLLKw
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 5, 2019
90+8' | GOL DIOGO!
Giliran Diogo pula meletakkan JDT 2 gol dihadapan dengan rembatan cantik mengelirukan Norazlan Razali.@OfficialJohor 3-1 @feldaunitedfc #LigaSuper2019#MFLLive#JDTFEL pic.twitter.com/TdQXgXMTmO
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 5, 2019
Kemenangan semalam membolehkan pasukan bimbingan Luciano Figueroa itu kembali menghuni tangga teratas Liga Super.