Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K.Rajagobal memuji penyerang veteran Sabah, Amri Yahyah setelah pemain itu menjaringkan hatrik ketika bertemu Kedah Darul Aman dalam saingan Liga Super di Stadium Likas mninggu lalu.
Menerusi laman media sosial Twitter miliknya, Rajagobal menganggap Amri mempunyai karakter yang tersendiri dan pemain itu membawa impak yang cukup luar biasa di atas padang.
He has a character of is own. The brilliance he creates on the pitch is sometimes phenomenal. Amri Yahyah continues to create great moments like this. The goal against Manchester United is one that Amri has gifted me as a wonderful memory during my national team stint. https://t.co/u3EiP5D0I4
— K.Rajagobal (RG) (@RajagobalRg) April 26, 2022
“Dia (Amri) mempunyai karakter yang tersendiri. Perkara bijak yang dibawa di atas padang kadang kala menjadi satu fenomena. Amri Yahyah terus mencipta situasi yang hebat seperti ini. Gol menentang Manchester United merupakan satu hadiah dari Amri kepada saya dan ianya menjadi ingatan ketika menguruskan pasukan kebangsaan,” katanya.
Mengulas mengenai prestasi Amri, ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan tiada pemain tempatan lain yang mampu menyaingi kehebatan pemain itu walaupun usianya semakin meningkat.
“Amri seorang pemain yang berpengalaman dan bermain dengan cukup baik walaupun pada usia yang mencecah 42 tahun. Rekodnya sebagai pemain tertua yang mencipta hatrik dalam saingan Liga Malaysia bertahan begitu lama dan saya percaya tiada pemain lain yang mampu mengatasinya.
“Ini membuktikan kemampuan Amri serta beri keyakinan untuk dirinya malah beliau harus menjadi contoh pemain-pemain muda Sabah untuk bermain seperti beliau,” katanya.
Amri menjaringkan tiga gol yang cukup menarik di separuh masa kedua pada minit 51,61 dan 72 manakala satu lagi gol menerusi sepakan percuma yang diambil oleh pemain pertahanan, Park Tae-su pada minit ke-56.
Kim Swee dalam masa sama memuji keseluruhan persembahan yang dipamerkan pemain-pemain kerana dapat memainkan peranan masing-masing di atas padang. Tambahnya, kemenangan besar itu tidak akan hadir jika pemain tidak berjaya mengekalkan disiplin sepanjang perlawanan.
“Pemain memainkan peranan serta mengikut arahan yang ditetapkan dan apa kita lihat pada separuh masa pertama, kita berjaya mencipta ruang dan tidak membenarkan Kedah bermain seperti mana mereka lakukan.
” Ini satu disiplin yang sangat baik dari pemain walaupun kita tidak berjaya menjaringkan sebarang gol di separuh masa pertama. Namun, pemain dapat mengekalkan momentum di separuh masa kedua dan apabila kita dapat satu gol, kita meletakkan tekanan kepada pasukan Kedah.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
Berusia 41 Tahun, Amri Yahyah Tiada Masalah Ledak Hatrik Bantu Sabah ‘Tibai’ Kedah 4-0
CEO Terengganu FC Terkilan MFL Ubah Jadual Tanpa Berbincang Dengan Rakan Kongsi
Ong Kim Swee: Tiada Pemain Lain Mampu Pecahkan Rekod Amri Yahyah