Jaringan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid ke gawang Shandong Luneng musim lalu berjaya memenangi undian sebagai gol lencongan terbaik dalam saingan AFC Champions League (ACL).
Berdasarkan undian yang dijalankan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), gol Safawi menerima undian sebanyak 50 peratus daripada 159,502 pengundi sekaligus menewaskan empat calon lain.
Safawi menerima tentangan hebat daripada pemain kelab Iran, Esteghlal iaitu Mame Thiam yang menerima 48 peratus undian sekaligus menduduki tangga kedua.
Tiga lagi calon iaitu bekas bintang Chelsea, Oscar (Shanghai SIPG), Nam Tae-hee (Lekhwiya) dan Serginho yang beraksi bersama Kashima Antlers masing-masing hanya menerima satu peratus undian.
Sebelumnya, jaringan Safawi Rasid ini turut diundi sebagai jaringan kedua terbaik saingan ACL musim lalu.
Baca artikel lain mengenai Safawi Rasid dan Johor Darul Ta’zim di sini:
Sarach Yooyen Tidak Tolak Kemungkinan Sertai Johor Darul Ta’zim
Jaringan Safawi Rasid Dipilih Antara 5 Gol Lencongan Terbaik AFC Champions League