Ramai peminat kecewa dengan prestasi Lautaro Martinez dalam kempen Piala Dunia 2022 kali ini. Malah ada yang menggelarkannya sebagai liabiliti kepada pasukan.

Baca Juga:

Lautaro Martinez mempersiakan peluang untuk menjadi wira kejuaraan Argentina dengan beberapa siri percubaan lemahnya. Dalam aksi sebelum ini Lautaro Martinez juga hilang karakter pembunuhnya di hadapan gol.

Dia mendapat beberapa peluang gol terbaik namun dipersia siakannya begitu.

Penyerang Inter Milan itu menjadi nama rebutan banyak kelab besar ketika membantu Inter Milan menjulang Serie A beberapa musim lalu.

Namun musim ini tampil berbeza. Walaupun begitu, Martinez masih mampu mencetak 7 gol dan 1 assist untuk Inter musim ini.

Tetapi di Argentina,  malah bergelut dengan prestasinya di hadapan gol.

Perkara itu diakui sendiri oleh Lautaro Martinez yang kecewa dengan prestasinya.

Daripada penyerang yang digeruni, Lautaro Martinez kini menjadi bahan jenaka ketika Piala Dunia 2022.

Peminat menganggap Martinez adalah jelmaan Higuain dan ada yang membuat video meme Martinez mengambil ilmu daripada Higuain. Merujuk kepada ketumpulan Higuain di hadapan gol pada aksi final 2014.

Tetapi Scaloni tetap memberikan kepercayaan kepada Martinez dalam penentuan penalti. Dan dia membalas kepercayaan untuk tugasan terakhirnya dalam Piala Dunia 2022.

Lautaro mencatatkan tujuh gol dan satu assist daripada 14 perlawanan yang dimainkannya. Nombor hebat ini tidak berulang pada Piala Dunia 2022 kerana mereka gagal menjaringkan gol dan bantuan.

“Secara peribadi, saya agak kecewa dengan diri sendiri. Saya tidak menikmati kempen Piala Dunia seperti yang saya mahukan,” katanya kepada TyC Sports.

“Tetapi saya gembira kerana pasukan ini telah menunjukkan sesiapa yang turun dari bangku simpanan sentiasa memberikan jawapan yang diperlukan,” katanya.

“Rasanya benar-benar gila. Saya sangat gembira dengan rakan sepasukan saya dan juga dengan keluarga saya,” tambahnya.

Kejayaan Argentina menandakan kejuaraan ketiga untuk Albiceleste dalam Piala Dunia. Sebelum ini, Argentina pernah menang pada edisi 1978 dan 1986. Dan kini mereka menjadi juara untuk edisi 2002.

“Ini luar biasa. Kami telah menulis sejarah di negara ini,” kata Lautaro Martinez yang meraikan kejayaan bersama sama dengan rakan rakannya.

Argentina dan Perancis beraksi dalam final yang dianggap antara yang terbaik di dalam sejarah. Sarat drama dan sarat dengan gol.

Argentina akhirnya menang menerusi penentuan penalti 4-2 selepas seri 3-3 untuk 120 minit aksi.