Pemain muda negara, Jaami Qureshi membantu kelabnya, Brighton & Hove Albion menjuarai saingan Premier League Cup B-17 tahun musim ini selepas mengalahkan Middlesbrough di pentas akhir.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Riverside, Jaami diturunkan dalam kesebelasan utama dan Brighton nyata terlalu unggul bagi Middlesbrough.

https://youtu.be/1-M_Lcr7zhU

Andrew Moran membuka tirai jaringan pada minit ke-13 disusuli dengan gol oleh Marcus Ifill pada minit ke-80 sekaligus mengesahkan kemenangan 2-0 kepada Brighton.

Sepanjang saingan peringkat kumpulan dan kalah mati, Qureshi menyumbang satu gol iaitu pada perlawanan suku akhir menentang Southampton yang mana Brighton berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 6-1.

Selain membantu skuad B-17 tahun memenangi saingan Premier League Cup, Jaami turut membantu kelab itu menamatkan saingan Premier League B-18 zon Selatan dimana beliau menyumbang dua gol dan dua assist dalam 21 penampilan.

Prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh Jaami ini dilihat mampu untuk memberi kelebihan kepada skuad B-19 tahun negara pada masa akan datang.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain muda Malaysia di sini:

Luqman Hakim Beraksi 22 Minit Dalam Perlawanan Persahabatan KV Kortrijk

Amar Makruf Sertai Kelab Divisyen Dua Sepanyol, AD Alcorcon

Arif Aiman Bakal Dipanggil Sertai Skuad Harimau Malaya