Khabar baik datang dari bumi Eropah apabila pemain muda negara, Amar Makruf menyertai kelab divisyen dua Liga Sepanyol, AD Alcorcon dan bakal beraksi bersama skuad B-23 pasukan itu.

Perkara ini dikongsikan oleh Amar di laman media sosial Instagram miliknya dimana pemain ini dilihat terus menyertai sesi latihan kelab baharu beliau.

https://www.instagram.com/p/CN7OXunB1qH/?igshid=1wf21cxjsegxi

Amar sebelum ini menjadi sebutan apabila beliau dan seorang lagi pemain, Anas Nadawi menyertai salah satu akademi bola sepak yang berpangkalan di Sepanyol iaitu The Next Generation Sports pada Disember tahun lalu.

Setelah empat bulan beraksi bersama akademi tersebut, bakat dan kualiti yang dimiliki oleh Amar Makruf berjaya menarik minat Alcorcon sekaligus mereka memutuskan untuk memberi peluang kepada pemain itu beraksi bersama skuad B-23 tahun.

Amar bakal beraksi bersama skuad B-23 tahun atau yang lebih dikenali dengan nama Alcorcon II dalam saingan Tercera DivisiĆ³n yang merupakan liga divisyen keempat dalam piramid bola sepak Sepanyol.

Sekiranya beliau menampilkan prestasi cemerlang, tidak mustahil staf kejurulatihan kelab akan memberikan peluang kepadanya untuk beraksi bersama pasukan utama.

Skuad utama AD Alcorcon ketika ini menduduki tangga ke-18 dalam saingan Segunda Division.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain Malaysia yang beraksi di luar negara di sini:

Nick Swirad Kekal Bersama Nongbua Pitchaya Musim Hadapan

Junior Eldstal Tandatangani Kontrak Lanjutan Bersama Chonburi

KV Kortrijk Tewas Pada Aksi Terakhir Liga, Luqman Sekadar Duduk Di Bangku Simpanan