Dalam perlawanan pertama saingan Liga Premier 2019 diantara Sabah bertemu Johor Darul Ta’zim II (JDT II) yang lalu, wujud satu isu dimana kemungkinan ada tiket perlawanan yang tidak sah atau pun palsu.
Mengikut satu kemaskini yang dibuat oleh SabahRhinos dilaman sosial Twitter, ada 1 tiket yang diragui kesahihannya berdasarkan perbezaan yang ketara selepas perbandingan dengan tiket sebenar dilakukant.
“Bukti terdapat 2 jenis tiket yang dijual dikaunter penjualan tiket Stadium Likas ketika perlawanan diantara Sabah bertemu JDT II pada 2 Febuari 2019. Kesemua tiket yang berharga RM15 (terbuka) dan RM25 berbumbung dijual pada hari per5lawnan seawal jam 10 pagi.”
Gambar diatas adalah keratan tiket yang berharga RM25, yang bertanda A adalah tiket yang dicetak oleh Malaysia Football League (MFL) dan yang bertanda B adalah tiket yang dicetak oleh SAFA melalui sebuah GLC di Likas Square. Tiket yang dicetal oleh SAFA melalui GLC adalah tiket berharga RM15 dan RM25.
Merujuk kepada gambar A, tanad anak panah berwarna hijau adalah ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada tiket yang dicetak oleh MFL seperti:
- Logo hologram MFL
- Logo emboss MFL
- Nombor siri tiket
Ketiga-tiga ciri-ciri keselamatan diatas tidak terdapat pada tiket yang dicetak oleh SAFA – sila rujuk gambar B. Perbezaan lain yang dikenalpasti selain dari jenis kertas yang digunakan adalah seperti ditanda dengan kotak kuning dalam gambar B.
- Logo MFL dicetak menggunakan dakwat biasa dan bukan hologram
- Tiket hanya memaparkan nama satu pasukan dan hanya masa dan tarikh perlawanan. (Sama seperti tiket simpanan yang dikeluarkan oleh MFL dan bukan tiket bermusim.)
- Warna pada corak dan jalur jelas kelihatan tidak sama. Warna yang lebih gelap pada tiket yang dicetak oleh MFL.
- Cetakan yang tidak kemas dan warna yang berbeza.
- Pemotong pada kertas tiket tidak rata, kemas atau sekata.
- Tiada garisan hitam dihujung tiket dibahagian belakang.
Sabah matchday ticket issue: Guys, spare your time to read. pic.twitter.com/whAqfCmKHh
— SabahRhinos (@sabahrhinos) February 7, 2019
VocketFC telah berjaya menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TicketHotline – Datuk Zairil Ibrahim, yang merupakan pemegang hak esklusif mencetak tiket liga Malaysia semalam bagi mendapatkan komen beliau mengenai isu berat ini.
Menurut beliau, pihak TicketHotline sudah dimaklumkan mengenai perkara ini dan sedang menjalankan siasatan rapi bagi mengesan jika wujudnya tiket perlawanan liga Malaysia yang dicetak oleh pasukan tanpa kebenaran dari pihak MFL.
“Pihak kami (TicketHotline) sudah dimaklumkan dengan perkara ini, dan siasatan menyeluruh sedang dibuat berkenaan isu tiket ini. Pasukan dalam liga Malaysia tidak dibenarkan untuk mencetak tiket sendiri melainkan dengan kebenaran pihak MFL sahaja.”
“Jika didapati bersalah, pihak terbabit bakal berdepan dengan hukuman berat dari pihak MFL kerana ini adalah kesalahan yang cukup serius.”
Nota: Artikel ini diterbitkan dengan kebenaran bertulis dari pihak SabahRhinos.