Isu perkauman kembali melanda saingan Liga Malaysia dimana kali ini penyerang Sabah, N.Thanabalan menjadi mangsa kepada tindakan yang tidak bermoral itu.
Salah seorang pengguna Facebook memuat naik status dalam satu kumpulan peminat bola sepak Sabah dimana beliau melabel N.Thanabalan sebagai “badak hitam yang kurus” dan perkara ini mendapat perhatian Sabah dimana pasukan itu mengutuk sekeras-kerasnya status yang dimuat naik oleh pengguna tersebut.
Sabah FC memandang serius terhadap sebarang posting atau komen yang berbaur perkauman.
• Tingkah laku seperti ini tidak akan diterima oleh kelab, dan repot akan dibuat terhadapa penama.#saynotoracism #kickracismoutoffootball pic.twitter.com/llwmK1OjnF
— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) October 31, 2021
“Sabah FC memandang serius terhadap sebarang posting atau komen yang berbaur perkauman. Tingkah laku seperti ini tidak akan diterima oleh kelab, dan laporan akan dibuat terhadap penama,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab.
Pengendali Liga Malaysia, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kemudiannya menggesa mana-mana pasukan agar segera membuat laporan jika terdapat pihak yang cuba memainkan isu perkauman supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.
“Bagi saya, isu perkauman ini satu isu yang besar, apatah lagi kita di Malaysia ini hidup dalam komuniti yang mempunyai pelbagai kaum. Sekarang kalau dilihat banyak isu perkauman berlaku di media sosial.
“Jadi saya meminta pasukan atau mana-mana individu melihat ada pihak yang cuba memainkan isu tersebut, segera laporkan kepada pihak polis Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya boleh diambil tindakan,” kata Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan.
Datuk Ab Ghani menambah penyokong perlu lebih beretika sekiranya mahu menyuarakan pendapat mengenai pasukan masing-masing serta tidak menyentuh isu sensitif seperti isu perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian negara.
“Dalam bola sepak atau apa sahaja sukan, kita boleh melemparkan komen jika tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan pemain atau atlet, namun, janganlah melemparkan komen-komen negatif yang kadangkala menyentuh isu sensitif,” tambahnya.
📊 KEDUDUKAN PERINGKAT KUMPULAN – PM3#TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/ee0kqfVj0C
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 29, 2021
Sabah ketika ini menduduki tangga ketiga dalam carta kumpulan D saingan Piala Malaysia 2021 dimana mereka meraih dua mata selepas menghadapi tiga perlawanan setakat ini. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu masih mempunyai peluang untuk mara ke peringkat seterusnya kerana hanya dibezakan satu mata dengan Petaling Jaya City yang menduduki tangga kedua.
Kelab dari Borneo itu wajib menang tiga baki perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), PJ City dan TRW Kelantan sekiranya mahu melangkah ke peringkat suku akhir.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:
Zamsaham Hadiahkan Porsche Kepada Rezal Zambery Jika Kelantan Mara Ke Final Piala Malaysia 2021
Piala Malaysia 2021: Dollah Nampak Kelebihan Malik Mat Ariff Sebagai Seorang Penyerang Sejati
Piala Malaysia 2021: PJ City Sedia Tumbangkan Kelantan Di Kota Bharu