Bekas pemain import TRW Kelantan, Ismahil Akinade memerli salah seorang yang berada dalam pihak pengurusan setelah kejadian yang menimpa salah seorang pemain pasukan itu iaitu Nurshamil Abdul Ghani.

Nurshamil mendedahkan pihak pengurusan meminta beliau wang sebanyak RM50,000 untuk berpisah dengan pasukan itu dan perkara ini nyata tidak disenangi oleh bekas rakan sepasukan beliau.

Selain itu, Nurshamil turut mendedahkan bahawa pihak kelab gagal untuk membayar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tiada bonus setelah pasukan itu naik ke Liga Super dan juga tiada bonus selepas perlawanan.

Dalam satu komen di laman media sosial Instagram, Ismahil Akinade berkata individu yang dimaksudkan seharusnya fokus untuk menjual burger dan tidak perlu terlibat dalam bola sepak profesional.

Ismahil Akinade

Seorang lagi bekas pemain Kelantan, Nuha Marong menuduh bekas majikannya itu menipu dan berkata kelab tersebut tidak mempunyai sebarang wang dalam akaun.

Untuk merancakkan lagi perbualan, seorang lagi bekas pemain iaitu Jack Hindle menganggap burger yang dijual oleh individu berkenaan mempunyai rasa seperti kemaluan Big Foot.

Keppincangan dalam pengurusan pasukan terus didedahkan oleh bekas pemain mahupun pemain sedia ada yang mana mereka berkata sudah tidak mempunyai hati untuk beraksi bersama Kelantan musim ini.

Malah, ada bekas pemain yang mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik kelab, Norizam Tukiman atau Zamsaham sebagai satu bentuk tindakan mempertahankan diri atas apa yang berlaku sebelum ini.