Persekutuan Bola Sepak Republik Islam Iran (FFIRI) mengesahkan telah menghantar permohonan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk membida hak sebagai tuan rumah Piala Asia pada tahun 2027.
Mereka adalah negara yang keempat menyatakan minat untuk menganjurkan kejohanan Piala Asia selain Arab Saudi, India dan Qatar.
Iran sebelum ini pernah menjadi tuan rumah Piala Asia pada tahun 1968 dan 1976 dan mempunyai rekod sebagai juara sebanyak 3 kali. Mereka juga pernah memohon untuk menjadi tuan rumah pada tahun 2019 tetapi bidaan itu dimenangi oleh UAE.
Iran officially submits a bid to host the 2027 Asian Cup.
The deadline to submit the bid was 31st March which is later extended to 30th June due to Covid19.
Iran 🇮🇷 – India 🇮🇳 – Saudi Arabia 🇸🇦 – Qatar 🇶🇦 are the official bidders for the tournament.
— IFTWC – Indian Football (@IFTWC) April 30, 2020
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Iran, Mehdi Alinejad memberi sokongan penuh terhadap penganjurkan Piala Asia di negara itu.
“Kementerian sentiasa menyokong penganjuran acara sukan antarabangsa Iran, terutama dalam sukan popular seperti bola sepak,” kata Alinejad dalam wawancara dengan agensi berita Mehr.
“Tarikh akhir untuk mengemukakan permohonan kepada AFC adalah dari 31 Mei hingga 30 Jun, dan kita memanfaatkan sepenuhnya peluang itu.
“Cuma infrastruktur dan stadium bola sepak perlu ditambah baik untuk mendapat persetujuan yang diperlukan bagi mengadakan pertandingan dan acara antarabangsa seperti AFC Champions League. Iran tidak mempunyai masalah dengan pengangkutan, perhotelan, dan masalah lain yang berkaitan untuk mengadakan acara sukan besar, ”tambahnya.
For the #AsianCup of 2027 also Iran 🇮🇷 expressed the interest to host the cup. Also Qatar, Saudi Arabia and India wants to host the Asian Cup pic.twitter.com/QHnvltOBdD
— All Asian Football (@AllAfcFootball) April 29, 2020
AFC sebelum ini mengeluarkan kenyataan rasmi melanjutkan tempoh sehingga 3 bulan kepada setiap anggota untuk menghantar bidaan hak tuan rumah masing-masing.
Disebabkan seluruh dunia terjejas susulan penyebaran wabak COVID-19, AFC mengumumkan tarikh 31 Mac 2020 hingga 30 Jun kepada negara yang berminat untuk menghantar permohonan rasmi menjadi tuan rumah kejohanan berprestij Asia itu.
AFC dijangka akan mengumumkan tuan rumah Piala Asia 2027 pada tahun depan. Arab Saudi dilihat sebagai calon utama kerana tidak pernah menganjurkan kejohanan tersebut.
Untuk Piala Asia 2023, AFC sudah pun mengumumkan China sebagai tuan rumah rasmi dimana perlawanan akan berlangsung di 10 bandaraya yang terpilih.
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan penganjuran Piala Asia 2027 melalui pautan dibawah.
India Sah Hantar Permohonan Rasmi Bida Hak Tuan Rumah Piala Asia 2027
FAM Tidak Berminat Bida Hak Sebagai Tuan Rumah Piala Asia 2027