Mungkin sudah ramai mengetahui mengenai ibupejabat baharu FAM yang akan dibina di Putrajaya namun majoritinya masih tidak mendapat gambaran yang jelas bagaimana rupa sebenar pembinaan bangunan tersebut.
Berdasarkan gambar yang diterima, berikut adalah visual lakaran ibu pejabat FAM baharu berdekatan dengan Putrajaya International Convention Center (PICC).
Berdasarkan gambar itu juga, keluasan kawasan tersebut dikatakan sekitar 24,000 meter persegi yang merangkumi pelbagai lagi fasiliti lain.
Diantara fasiliti yang akan dibina dalam kawasan tersebut adalah termasuk pusat latihan skuad kebangsaan yang berkeluasan sekitar 52,000 meter persegi merangkumi padang latihan outdoor dan juga indoor.
Tapak ibu pejabat dan pusat latihan kebangsaan ini adalah 2 lokasi yang berbeza namun masih berada berdekatan diantara satu sama lain dan dianggarkan sekitar 5 minit perjalanan menggunakan kereta.
Peta dibawah menunjukkan lokasi kedua-dua lokasi ibu pejabat FAM dan juga pusat latihan kebangsaan yang berada berhampiran PICC.
Selain itu, bangunan baru Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) juga akan dibina dilokasi berdekatan dan mengikut gambar yang diterima, kompleks ini kelihatan cukup cantik dan berprestij.
Dari beberapa yang diterima juga, ibu pejabat AFF juga akan berada dilokasi yang sama dan bakal mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hub bola sepak di Asia.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
‘Goyang’ Untuk Berdepan Malaysia, Vietnam Kalut ‘Speed Up’ Proses Dokumentasi Pemain Kacukan