2 minggu lalu, pihak Thai League telah mengumumkan bahawa mereka akan menambah bilangan kuota pemain import dari ASEAN untuk saingan Thai League musim 2019 akan datang.
Namun, masih tiada sebarang syarat dijelaskan bagi pemain-pemain dari negara ASEAN yang mahu beraksi disana pada ketika itu.
In 2019, Toyota Thai League set to increase the number of ASEAN players allowed in a squad to three players, and all of them will be allowed in the starting lineup. #ThaiLeague pic.twitter.com/r4cPmECCCW
— ThaiLeague (@thaileague) July 10, 2018
Semalam, dari maklumat yang kami perolehi pihak Thai League sudah pun menetapkan syarat utama kepada pemain-pemain ASEAN yang ingin mempamerkan aksi mereka.
- Bagi pemain-pemai dari ASEAN yang pernah/sedang beraksi dalam kancah Thai League, mereka secara automatik boleh didaftarkan bersama pasukan masing-masing dalam saingan liga 2019.
- Jika pemain tersebut tidak pernah beraksi dalam saingan Thai League, mereka wajib berstatus pemain kebangsaan semasa negara masing-masing.
- Bagi mengesahkan status pemain itu berstatus kebangsaan atau tidak, pihak Thai League dan juga kelab akan meminta surat perakuan khas dari persatuan bola sepak negara pemain itu bagi tujuan dokumentasi.
Maklumat rasmi berkenaan syarat pemain import ASEAN dalam saingan Thai League 2019 akan dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Thai League dalam masa terdekat.
Dengan penambahan kuota dari ASEAN itu, sebuah kelab di Thailand dibenarkan untuk mempunyai 7 pemain import dimana komposisinya seperti berikut;
- 3 pemain import antarabangsa
- 1 pemain import dari AFC
- 3 pemain import dari ASEAN
Lebih menarik, ketiga-tiga pemain import kuota ASEAN itu boleh diturunkan dalam sesebuah perlawanan bersama pemain-pemain import yang lain.