Beberapa laporan media dari Korea Selatan, sistem piramid liga bola sepak negara itu akan mengalami sedikit rombakan dan penyusunan semula untuk menghadapai musim baru 2020 yang lebih mencabar.

Diantara perkara utama yang dijangka akan berlaku adalah saingan Korea National League (KNL) yang berada dalam tier 3 bersama-sama K3 League akan dihapuskan termasuk beberapa lagi liga yang berada pada tier yang sama diperingkat lebih bawah.

Dikatakan juga, Korea Selatan hanya mahu mewujudkan 7 tier dalam piramid bola sepak mereka seperti dibawah;

EMHhK0NU8AEHUkq

  • K.League 1: Pasukan profesional 12 pasukan
  • K.League 2: Pasukan profesional: 10 pasukan
  • K.League 3: Pasukan Semi-PRO: 18 pasukan
  • K.League 4: Pasukan Semi-PRO: 12 pasukan

Bagi 3 divisyen terbawah iaitu – K.League 5, K.League 6 dan K.League 7 pula, liga diperingkat regional, province dan lain-lain akan dijalankan.

Bagaimanapun, menurut Steve Han, pihak K.League masih belum menentukan bila peraturan promotion dan relegation diantara saingan K.League 2 dan K.League 3 akan dilaksanakan.

Selain itu, jumlah pasukan dalam saingan K.League 4 akan bertambah secara berkala dan akan mengatasi bilangan pasukan dalam saingan K.League 3 pada tahun 2023.

Butiran lebih lanjut berkaitan saingan K.League 2020 akan dikemaskini dalam artikel ini selepas menerima maklumat lebih mendalam.

Artikel berkaitan dengan bola sepak Asia dibawah telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Pemain Buangan Kelantan Sarung Jersi Naib Juara K-League 1 Gyeongnam FC, Bakal Turun Dalam AFC Champions League 2019

Shimizu S Pulse Dedahkan Mahu Pikat Teerasil Dangda Secara Kontrak Pinjaman Selama 1 Musim

Penyokong Kelab Divisyen 2 Jepun Ini Menangis Kecewa Nama Kelab Ditukar Oleh Pemilik Tanpa Peduli Suara Mereka