Presiden FIFA, Gianni Infantino dengan sinis berkata, dia yakin bahawa tiada penyokong yang akan mati kalau tak minum bir selama 3 jam.
Baca Juga:
- Piala Dunia 2022: Skuad Poland Bertolak Ke Qatar Diiringi Jet Pejuang
- Qatar Disyaki Beri Rasuah Kepada Pemain Ecuador Untuk Kalah
- Lloris Tak Akan Pakai Lilitan Pelangi Kerana Hormati Qatar
Infantino kelihatan sudah muak dengan persoalan tentang larangan minuman keras termasuk bir di dalam stadium Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar.
Sebelum ini FIFA dan pihak penganjur Qatar 2022 ada konflik tentang bir. FIFA mengiklankan penjualan bir di laman rasmi mereka. Membuatkan ramai peminat merasakan bahawa bir sudah boleh dibeli di dalam stadium.
Namun pada saat akhir FIFA menyatakan bahawa mereka mencapai kesepakatan dengan Qatar bahawa larangan bir di dalam stadium akan dikuatkuasakan.
Infantino berkata larangan minum bir di stadium dibuat atas kesepakatan bersama oleh pegawai Qatar dan FIFA.
“Kami cuba sehingga akhir untuk melihat sama ada ia mungkin [boleh dijual di dalam stadium],” kata Infantino mengenai usaha FIFA cuba membenarkan penjualan alkohol.
Pihak Qatar ternyata bertegas bahawa mereka tidak mahu menerima penjualan bir di dalam stadium.
Infantino kemudian berkata: “Jika selama 3 jam dalam sehari anda tidak boleh minum bir, anda akan terus hidup.”
Infantino merasakan isu itu sengaja diperbesarkan kerana Qatar adalah negara Muslim. Ada sesetengah pihak berniat tidak baik tentang negara tersebut.
“Ada banyak negara di dunia ini yang mengharamkan penjualan alkohol di dalam stadium, seperti Perancis.”
“Oleh sebab Qatar negara Islam, maka ianya menjadi masalah bagi kamu,” tutup beliau.
🎙️ Infantino: “If you can't drink beer for three hours, I think you can survive. There are many countries that ban alcohol in stadiums, like France, but since it's a Muslim country, that's a problem.” pic.twitter.com/trsEuz1BTj
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) November 19, 2022
Qatar sebenarnya sudah menyediakan zon khas untuk penjualan alkohol, namun ianya tidak di sekitar perkarangan stadium. Peminat yang mahu minum alkohol perlu pergi ke zon khas tersebut untuk minum dan berpesta.
Sebelum ini, penjaga gol Perancis, Hugo Lloris menyeru agar peminat dari negaranya menghormati undang undang di negara Qatar sebagaimana mereka mahu tetamu yang datang ke Perancis menghormati undang undang negara mereka.