Skuad kebangsaan Indonesia berpeluang menghadapi juara Piala dunia 2022, Argentina apabila Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) merancang atur aksi persahabatan pada kalendar antarabangsa FIFA bulan Jun 2023.
Baca Juga:
- Piala Dunia B-20: NGO Indonesia Tolak Kedatangan Israel
- Messi Belanjakan RM940k Beli iPhone Bersalut Emas, Hadiah Kepada Pasukan Argentina
- Erick Thohir Resmi Terpilih Sebagai Ketum PSSI Periode 2023-2027
Menurut laporan daripada bola.net, Ketua Umum PSSI, Erick Thohir sempat berkomunikasi dengan Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) dan juga persatuan negara lain ketika Kongress FIFA ke-73 di Kigali, Rwanda beberapa hari lepas.
Perkembangan itu turut disahkan oleh wakil PSSI, Zainuddin Amalin yang mendedahkan pihaknya sedang mengusahakan aksi persahabatan dengan Argentina, Arab Saudi dan Jepun.
“Ketua PSSI berkomunikasi dengan beberapa persatuan. Yang sedang diusahakan adalah Argentina pada kalendar FIFA bulan Jun 2023. Namun, ini masih di peringkat perancangan. Nanti tunggu Pak Erick Thohir buat keputusan.
“Kemudian juga bersama Arab Saudi dan Jepun. Mengenai Jepun ini, mereka memberi komitmen untuk membantu kita. Itu luar biasa,” katanya seperti dipetik dalam Bola.net.
🇮🇩 According to the Vice President of the Football Association of Indonesia (PSSI), Zainudin Amali, revealed that PSSI plans to invite Argentina 🇦🇷 to be the opponent of the Indonesian national team during FIFA's Match Day in June 2023.#PSSI pic.twitter.com/WQ79jd8oWq
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) March 17, 2023
PSSI juga tidak kisah jika Argentina hanya menghantar pasukan bawah 23 tahun atau skuad kedua tanpa kelibat bintang terkemuka dunia seperti Lionel Messi, Angel Di Maria dan Paulo Dybala.
“Argentina boleh saja hantar pasukan B-23 atau pasukan bawah umur yang lain. Kita masih belum tahu.
“Komitmen Erick Thohir adalah untuk membawa pasukan berkualiti ke sini tetapi masih bergantung kepada tahap persiapan kita,” jelas Zainuddin.
Sementara itu, pengendali skuad Garuda, Shin Tae-yong berharap PSSI tidak hanya bercakap sahaja tetapi serius mencari lawan yang lebih baik untuk pasukannya.
“Saya minta tolong semoga boleh jemput (Argentina). Jangan sekadar sembang saja,” kata Shin Tae-yong.
Indonesia dijadualkan menentang pasukan 141 dunia, Burundi dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa pada 25 Mac dan 28 Mac ini. Namun, ia bukan lawan yang diminta oleh Shin Tae-yong kerana beliau menyasarkan pasukan yang berada di ranking FIFA 100 ke atas.