Penyerang muda Singapura, Ikhsan Fandi tersenarai dalam kesebelasan terbaik mingguan saingan divisyen kedua liga bola Norway bagi minggu perlawanan ke-22.
Ikhsan menampilkan prestasi cemerlang ketika FK Jerv menewaskan Øygarden Sabtu lalu, dimana anak kepada Fandi Ahmad itu menjaringkan dua gol sekaligus membantu kemenangan 4-2 Jerv.
🇸🇬 Ikhsan Fandi (21) included the OBOS Ligaen (second-highest level of the Norwegian football league) Team of the Week. pic.twitter.com/0TYutkpSEf
— Asian Football (@AsianFootballs) October 26, 2020
Sebelumnya, Ikhsan turut berjaya menjaringkan gol ketika aksi menentang bekas kelabnya, Raufoss IL dan Ullesaker/Kisa.
Ikhsan setakat ini telah membuat enam penampilan, empat sebagai pemain kesebelasan dan dua lagi sebagai pemain gantian.
Ikhsan Fandi goals vs Øygarden. https://t.co/SL0bf6NAap pic.twitter.com/kVCVMNJ6uR
— Asian Football (@AsianFootballs) October 25, 2020
Selain itu, pemain berusia 21 tahun itu turut menjaringkan 5 gol setakat ini, satu prestasi yang jauh lebih baik berbanding ketika beliau beraksi bersama Raufoss dimana hanya satu gol terhasil.
Melihat kepada prestasi semasa yang ditampilkan oleh penyerang berusia 21 tahun ini, beliau dilihat bakal terus mengisi kesebelasan utama bagi menerajui jentera serangan pada perlawanan liga yang akan datang.
Baca artikel lain mengenai Ikhsan Fandi di sini:
Ikhsan Fandi Terus Tampil Garang, Jaringkan Dua Gol Bersama FK Jerv
Ikhsan Fandi Kekalkan Rentak Jaringan, Bantu FK Jerv Raih Kemenangan
Ikhsan Fandi Jaringkan Gol Pada Penampilan Penuh Pertama Bersama FK Jerv