Empat gol yang dijaringkan oleh Ikhsan Fandi bersama BG Pathum United ketika menentang PT Prachuap dalam saingan Thai League 1 baru-baru ini masih menjadi bualan peminat bola sepak di rantau Asia Tenggara.
Menurut perkongsian Asean Football dan Thai League Central di laman media sosial Twitter, Fandi sebenarnya telah mencipta dua rekod ketika menjaringkan empat gol tersebut.
Ikhsan Fandi.
The fastest player scored four goals in a Thai League 1 match (eleven minutes). β½β½β½β½π¨ pic.twitter.com/60t0892sOn
— Thai League Central (@TL_Central) April 6, 2022
Yang pertama, anak kepada Fandi Ahmad itu muncul sebagai pemain terpantas yang menjaringkan empat gol dalam saingan divisyen pertama liga Thailand dimana keempat-empat jaringan dihasilkan dalam tempoh 11 minit.
Yang kedua, adik kepada Irfan Fandi ini menjadi pemain pertama dari rantau Asia Tenggara yang menjaringkan empat gol dalam saingan Liga Thailand.
#News | πΈπ¬ Singapore's player, Ikhsan Fandi becomes the first ASEAN player make 4 goals with single match in Thai League πΉπ history.
He helped BG Pathum United to beat PT Prachuap 7-2 tonight.#ThaiLeague #bgpathumunitedπ° pic.twitter.com/cneqx19sr3
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) April 6, 2022
Pada perlawanan menentang Prachuap, Ikhsan memulakan pesta jaringan dimana beliau mencipta gol pada minit ke-19, 26, 29 dan ke-31 dan rakan sepasukan, Worachit Kanitsribampen menjaringkan satu gol pada minit ke-41 sekaligus meletakkan BG Pathum pada kedudukan 5-1 di hadapan.
Pada separuh masa kedua, Teerasil Dangda dan Diogo Luis Santo masing-masing menjaringkan satu gol sekaligus melengkapkan malam gemilang bagi BG Pathum.
Setakat ini, Ikhsan Fandi telah menjaringkan lapan gol dalam 13 penampilan bersama BG Pathum, meletakkan beliau di belakang Diogo dalam carta penjaring terbanyak kelab.
BG Pathum United kini menduduki tangga kedua dalam carta liga dengan perolehan 54 mata, lima mata dibelakang Buriram United dengan berbaki dua perlawanan.
Apa yang perlu dilakukan oleh BG ialah tampil konsisten meraih kemenangan sekaligus mengharapkan Buriram gagal untuk meraih mata penuh bagi mengekalkan kejuaraan yang dimenangi.
BG Pathum turut menghadapi saingan AFC Champions League (ACL) bulan ini dimana mereka diletakkan dalam kumpulan G bersama Jeongnam Dragons (Koreal Selatan), Melbourne City (Australia) dan United City (Filipina).
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia Tenggara di sini:
Maloney Tidak Berminat Senaraikan Dua Pemain Lebih Umur Dalam Skuad Sukan SEA
Risau Didenda, Bojan Hodak Tahan Diri Daripada Kritik Mutu Pengadilan
Dua Pasukan Ini Bakal Jadi Lawan Harimau Malaya Pada Bulan Mei