Bekas penyerang import Selangor, Ifedayo Olusegun dilaporkan semakin hampir untuk kembali memperkuatkan Melaka United bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawa The Star, T.Avineshwaran dimana Ifedayo baru sahaja meninggalkan Selangor setelah dua setengah musim beraksi bersama pasukan itu.
It is looking likely Ifedayo Olusegun will return to 'Bandar Bersejarah' Melaka for the new season. We shall wait for the official confirmation on the club’s social media page. #MFLTransfer2022 pic.twitter.com/wbRrCLxjod
— T. Avineshwaran (@avineshW90) November 27, 2021
Ifedayo memutuskan untuk meninggalkan Selangor apabila beliau menerima tawaran gaji yang lebih tinggi dari sebuah pasukan Liga Super.
Pihak pengurusan pasukan dikhabarkan cuba untuk memberi tawaran kenaikan gaji sebanyak 30 peratus namun nilai tersebut masih tidak dapat menandingi tawaran yang diberikan kepada Ifedayo oleh kelab terbabit.
Terima Kasih, Ifedayo Olusegun!
Selangor FC hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada penyerang prolifik Gergasi Merah, Ifedayo Olusegun yang telah menerima tawaran yang lebih baik bagi musim hadapan. pic.twitter.com/s0G6CGFPXc
— Selangor FC (@selangorfc) November 26, 2021
“Selangor FC hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada penyerang prolifik Gergasi Merah, Ifedayo Olusegun yang telah menerima tawaran yang lebih baik bagi musim hadapan.
“Pemain kesayangan penyokong Selangor ini telah bersama skuad Gergasi Merah sejak tahun 2019 dan telah mempamerkan aksi yang luar biasa bersama pasukan sejak perlawanan sulung beliau.
“Ifedayo akan sentiasa menjadi salah seorang penyerang paling berbisa yang pernah bermain bersama Selangor setelah memenangi anugerah kasut emas untuk dua musim berturut-turut dan memegang rekod penjaring terbanyak Liga Super Malaysia.
“Selangor FC mengucapkan terima kasih kepada Ifedayo atas sumbangan yang telah beliau berikan kepada kelab selama ini, dan mengucapkan selamat maju jaya,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan.
Sepanjang beraksi bersama Selangor, Ifedayo telah menjaringkan 56 gol dalam 57 penampilan yang dijalani, termasuk dua anugerah Kasut Emas saingan Liga Super pada musim 2020 dan 2021.
Sebelum melepaskan pemain dari Nigeria ini, Selangor terlebih dahulu kehilangan khidmat seorang lagi pemain utama iaitu Syahmi Safari dimana pemain itu menebus kontrak sedia ada sekaligus membenarkannya untuk berhijrah ke pasukan lain musim hadapan.
Ifedayo pernah beraksi bersama Melaka United pada musim 2017 dimana beliau menyertai pasukan itu pada bulan Jun setelah sebelumnya beraksi bersama kelab Bahrain, Al Hidd.
Pemain berusia 30 tahun itu menjaringkan 15 gol dalam 17 perlawanan yang dihadapi.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:
Final Piala Malaysia 2021: Hanya 9,000 Tiket Diperuntukkan Untuk Penyokong JDT Dan KL City
Piala Malaysia 2021: Penantian Ke Final Kuala Lumpur City Dinoktahkan
Piala Malaysia 2021: Tiga Jaringan Pantas Pastikan JDT Bergaya Ke Final