Pemain badminton no 1 dunia, Kento Momota kini sudah pulih daripada kecederaan mata akibat kemalangan di Malaysia pada Februari lepas dan sedang dalam proses untuk meningkatkan tahap kecergasan setelah semua kejohanan penting ditangguhkan susulan penularan wabak COVID-19.
Melalui kenyataanya di laman twitter rasmi, beliau ingin memberi peluang kepada peminat yang bertuah untuk berlatih bersamanya dan berharap dapat berkongsi ilmu dengan orang lain.
“Ada sesiapa yang berminat main badminton dengan saya? Saya juga mahu melatih kamu. Saya mahu kamu tahu ia adalah sukan yang menyeronokkan.
“Saya mahu buka peluang bermain badminton kepada dua orang. Masa dan tempat belum ditetapkan lagi tetapi tolong ‘follow’ akaun saya, komen dan RT. Permohonan ini akan diteruskan sehingga September,” tulisnya di laman twitter.
Pandemik COVID-19 turut mengecewakan Momota apabila beliau terlepas aksi sukan Olimpik Tokyo 2020 yang ditangguhkan selama setahun dengan jadual terbaharu menyaksikan temasya dijadualkan bermula pada 23 Julai 2021.
Momota juga ‘kebosanan’ dan cuba mencari jalan untuk memastikan fizikalnya lebih bersedia menghadapi kejohanan yang akan datang.
突然ですが、僕と一緒にバドミントンしませんか?
自分も人にバドミントンを教えたい。
その面白さを知ってほしい!
2名の方と一緒にバドミントンをする機会を作ろうと思います!
場所、日時などは決めてませんが僕のアカウントをフォローして、コメントをつけてをRTしてください!募集期間は9月末まで— 桃田賢斗 (@momota_kento) August 18, 2020
Kenyataan Kento Momota itu turut mendapat perhatian daripada bintang tengah Jepun dan Cerezo Osaka, Hiroshi Kiyotake.
Pemain yang berusia 31 tahun itu telah menyatakan minat untuk berguru dengan Momota kemudian dibalas dengan syarat dia perlu mengajar bintang badminton itu cara menimbang bola.
“Jom kita buat secara privasi. Ajar saya cara menimbang bola,” balas Momota di twitter.
それはプライベートでやりましょう😂
リフティング教えてください!!— 桃田賢斗 (@momota_kento) August 18, 2020
Reaksi dua bintang ini menjadi bualan dalam kalangan peminat sukan di Jepun sehingga ada yang buat khabar angin mengenai penghijrahan Kiyotake daripada sukan bola sepak ke sukan badminton.
Malah, mereka juga ingin menyaksikan perlawanan badminton diantara Kento Momota menentang Hiroshi Kiyotake secara langsung di kaca televisyen.
Lihat artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Nissan Motor Thailand ‘Belanja’ 9 Buah TERRA Model Terkini Untuk Kegunaan SCG Muangthong United
Tabloid UK Ini Dedahkan Jepun Akan Adakan Perlawanan Persahabatan Dengan Malaysia Bulan September.