Liverpool berkunjung ke Goodison Park pada aksi derbi Merseyside.
Ini merupakan aksi pertama kedua dua pasukan sebaik sahaja Liga Perdana Inggeris bersambung semula.
Ini merupakan aksi ke-202 dalam derbi Merseyside. Aksi yang dipenuhi dengan protokol kesihatan.
Bandar Liverpool merupakan kawasan panas covid-19. Dan perlawanan ini hampir sahaja diadakan di bandar lain.
Bilik persalinan mudah alih digunakan kedua dua pasukan. Everton pula masih berusaha untuk keluar daripada kelompok luar 10 teratas.
Liverpool pula dalam usaha untuk menjarakkan lagi jurang mata dengan Manchester City.
Namun aksi longlai skuad bimbingan Jurgen Klopp membuatkan mereka terlepas peluang untuk melakukannya.
Selain itu, prestasi Everton ketika berdepan dengan Liverpool juga wajar diberikan kredit. Walaupun lebih banyak bertahan pada aksi ini, namun mereka berjaya melakukan ancaman dengan serangan balas.
Mereka bertahan dengan baik. Agak malang bagi skuad bimbingan Carlo Ancelotti gagal untuk menamatkan kemarau kemenangan dalam perlawanan ini.
Richarlison, Dominic Calvert Lewin dan juga Tom Davies memiliki peluang terbaik untuk menjaringkan gol.
Richarlison memiliki peluang seawal minit keempat. Namun percubaannya tersasar. Pada separuh masa kedua rembatan Richarlison diselamatkan Alisson.
Alisson juga menafikan percubaan backheel oleh Calvert Lewin dengan refleks yang luar biasa.
Perlawanan berakhir dengan tanpa jaringan.
📊 Jurgen Klopp is now unbeaten in his 11 meetings v Everton, a new club record for the longest unbeaten start to a @LFC managerial career in the Merseyside derby, passing Bob Paisley’s first 10 (1974-78) pic.twitter.com/EllJ0CSvd2
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) June 21, 2020
Jurgen Klopp menghamburkan pujian kepada Alisson Becker yang dianggap telah bermain dengan prestasi ‘world class’ meskipun sudah lama tak beraksi.
Liverpool kini mengutip 83 mata dalam saingan Liga Perdana Inggeris. 23 mata di atas Man City.
Saksikan highlight di sini: