Negeri Sembilan (NSFC) memperolehi semangat tambahan apabila tonggak pertahanan, Herold Goulon kembali memperkuatkan pasukan menjelang aksi Liga Super 2023 menentang Terengganu (TFC) di Stadium Paroi malam ini.
Baca Juga:
- Peminat Negeri Sembilan Pelik Herold Goulon Selalu Hilang Ketika Lawan JDT
- Sony Norde: Negeri Sembilan Tidak Akan Beri Laluan Mudah Buat Terengganu
- Steinbruckner Mahu Pemain Terengganu Perbaiki Aspek Hantaran
Kelibatnya kelihatan dalam sesi latihan pasukan itu semalam dan turut berada dalam kesebelasan utama ketika perlawanan Liga Super menentang KL City beberapa hari lepas sebelum ditangguhkan akibat hujan lebat.
Goulon tidak beraksi pada perlawanan yang menyaksikan Negeri Sembilan menelan kekalahan besar 7-0 ketika menentang JDT dan perkara ini nyata membangkitkan kemarahan peminat setia skuad Hobin Jang Hobin.
Ketua jurulatih, K. Devan sebelum ini menjelaskan Herold Goulon tidak diturunkan kerana berdepan dengan isu kecergasan namun jawapan itu masih menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat kerana pemain tersebut kerap tidak beraksi tiap kali bertemu JDT.
“Bukan Goulon saja (yang mengalami isu kecergasan) malah Casagrande juga. Kita beraksi dengan dua pemain import. Casagrande tiba di sini tiga hari sebelum perlawanan pertama. Dia juga tidak cergas sepenuhnya,” kata K. Devan.
Hari perlawanan!
Misi memburu kemenangan pertama di Paroi malam ini. Misi 3 mata 👊🏼👊🏼
Ayuh, kito turun ke Paroi dan sokong skuad Jang 🟡⚫🔴
Dapatkan tiket di Wisma PBNS sehingga jam 5 petang ini atau di kaunter tiket Zon C & Grandstand stadium bermula jam 6 petang – 9 malam. pic.twitter.com/YOySowY3TR
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) March 16, 2023
Mengulas mengenai pertemuan menentang Terengganu, K. Devan menyasarkan untuk mengutip 3 mata penuh dan tiada lagi alasan kecergasan kerana pemainnya telah diberikan banyak masa untuk dapatkan rehat yang cukup.
“Saya rasa kita ada banyak masa untuk mempersiapkan pasukan bertemu dengan Terengganu. Dan juga mungkin keletihan di mana kita berkemungkinan besar bermain tiga, empat perlawanan dalam tempoh masa yang singkat.
“Jadi, sekarang ini, kita ada masa untuk menyiapkan pasukan dan memberi ruang lebih lama kepada pemain kembali cergas seperti biasa. Bagi saya, ini satu kelebihan kepada pasukan saya,” kata Devan.
Dengan sekembalinya Herold Goulon bersama dua lagi tonggak import, Safuwan Baharuddin dan Casagrande, Negeri Sembilan berpeluang menewaskan Terengganu kerana mempunyai kelebiha beraksi di halaman sendiri.
Selepas 3 perlawanan Liga Super, Negeri Sembilan masih belum meraih kemenangan pertama dan hanya mampunyai mengutip 2 mata hasil keputusan seri ke atas Sri Pahang dan Penang FC.
Manakala Terengganu juga tidak mahu pulang dengan tangan kosong kerana dalam prestasi terbaik selepas menewaskan PDRM 1-0 di Stadium Sultan Mizan pada hari Sabtu lepas.