Fabrizio Romano melaporkan Man City telah bersetuju dengan bayaran untuk membeli Josko Gvardiol dari kelab Jerman, RB Leipzig.
Baca Juga:
- RB Leipzig Minta Man City Bayar €100 Juta Untuk Gvardiol
- Al Ahli Mahu Riyad Mahrez Selepas Dapatkan Firmino Dan Mendy
- RASMI: Mason Mount Sertai Manchester United
Pemain pertahanan tengah muda itu difahamkan telah menyelesaikan bahagian pertama dalam ujian perubatannya pada hari Rabu dan perjanjian itu hampir ditandatangani secara rasmi.
Pemain antarabangsa Croatia berusia 21 tahun itu, pemain bek tengah yang juga boleh bermain di bek kiri, bersetuju dengan syarat peribadi dengan City sebulan lalu.
Dia mempunyai kontrak di Leipzig hingga 2027, mengukuhkan lagi kuasa kelab Jerman itu untuk menuntut sekurang-kurangnya €100 juta (£86.7 juta).
Gvardiol akan menjadi pemain kedua dintandatangani pada musim panas ini oleh Manchester City selepas pemain tengah Mateo Kovacic, yang menyertai mereka dari Chelsea.
Riyad Mahrez hampir meninggalkan City ke kelab Arab Saudi Al-Ahli dengan bayaran £30 juta.
Josko Gvardiol akan menyertai senarai bek tengah berkualiti Man City yang lain termasuk Manuel Akanji, Rúben Dias, Aymeric Laporte, Nathan Aké dan John Stones.
EXCLUSIVE: Joško Gvardiol to Man City, here we go! Agreement reached on the fee between City and Leipzig 🔵🇭🇷
🚨 Understand Gvardiol has completed the first part of medical tests today — deal on the verge of being signed.
Gvardiol agreed personal terms one month ago with City. pic.twitter.com/njylKAxYAU
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 19, 2023
Laporte adalah pemain yang dijangka akan keluar sebelum jendela perpindahan ditutup terutama sekali selepas City berjaya mendapatkan Gvardiol.
Pemain itu masih menunggu tawaran yang memuaskan untuknya. Sebelum ini Spurs cuba menawarkan kontrak kepada Laporte namun ditolak pemain tersebut.
Seterusnya John Stones musim lalu banyak bermain di bahagian tengah ketika fasa serangan pasukan Man City. Memungkinkan dia akan ditukar posisi kepada no.6.
Rekod perpindahan termahal untuk bek tengah sebelum ini dipegang Harry Maguire dengan £85 juta. Dan kini rekod itu sedia untuk dipecahkan Josko Gvardiol.