Legenda Arsenal, Thierry Henry setuju dengan idea Arsenal mendapatkan Kai Havertz, yang menurutnya persis Van Persie.

Arsenal tiba tiba dilaporkan menjadi antara kelab yang mahukan Havertz selain Real Madrid dan Bayern Munich.

Ianya bukan perkara mengejutkan kerana Arsenal sebelum ini pernah berunding dengan mudah sekali untuk mendapatkan Jorginho.

Henry mengulas tentang Havertz dari segi taktikal dan teknikal.

Ternyata GOAT Arsenal itu peminat corak permainan Havertz yang persis Van Persie.

“Saya rasa dia sangat bagus dan seorang yang boleh mengendalikan bola dengan sangat baik.”

“Dia kadangkala mengingatkan saya – sikit la – kepada Robin Van Persie, apabila melihat cara dia mengendalikan bola.”

“Robin Van Persie sangat bagus menggunakan kaki kirinya. Sentuhannya sentiasa memukau dan dia sentiasa cuba menarik orang bersamanya.”

“Ini kerana mereka [Havertz dan Van Persie] asalnya adalah pemain penyerang sayap atau no.10. Dan mereka bermain no.9 kerana ada kemampuan menjaringkan gol dan mengekalkan penguaaan bola dengan baik.”

“Sekarang ini, Havertz harus memastikan dia boleh transformasi kepada pemain yang lebih banyak gol.”

Walaupun Arsenal berminat dengan Havertz namun keutamaan mereka ketika ini adalah rundingan melibatkan Moises Caicedo dan bahagian tengah.

Ini ditambah dengan permintaan harga €70 juta oleh Chelsea bagi Havertz yang dianggap agak tinggi.

Chelsea menyenaraikan Havertz dalam senarai untuk dijual. Ini selepas pemain itu membuat komen kritikan ke atas Todd Boehly sebelum ini.

Havertz membidas Boehly yang menurutnya membuat kesilapan besar dengan memecat Thomas Tuchel.

Tuchel antara pengurus yang mahu bergabung semula dengan Havertz. Namun Tuchel harus mengeluarkan pemain seperti Sadio Mane terlebih dahulu pada masa ini.

Havertz turut berada dalam radar Real Madrid.