Menurut Evening Standard, proses perpindahan Kai Havertz ke Chelsea pada kali ini akan berlaku tidak lama lagi.

Pemain tengah berusia 21 tahun itu adalah antara pemain muda terbaik di Bundesliga. Kai Havertz telah menunjukkan prestasi yang sangat mengagumkan di barisan serangan Die Werkself musim ini.

Havertz berjaya menjaringkan 18 gol dan sembilan assist dalam 45 perlawanan di semua pertandingan.

Persembahan cemerlang Havertz menjadikan Pasukan Biru London telah tertarik untuk menambahkan sengat kreativiti dan ketajaman beliau ke dalam pasukan.

Pengurus Chelsea, Frank Lampard mahu menjadikan Havertz sebagai playmaker baru pasukannya musim depan.

Seperti yang dilaporkan oleh Evening Standard, the Blues dapat mendapatkan perkhidmatan Havertz dengan secepat mungkin selepas Kai Havertz dan pasukannya baru sahaja tersingkir dari saingan Liga Europa.

Playmaker itu boleh berpindah ke England dalam beberapa hari akan datang. Menurut laporan itu, Chelsea kini dalam proses untuk memeterai perjanjian tersebut.

Bayer Leverkusen telah berjanji untuk kembali ke rundingan mengenai perpindahan Havertz setelah ditangguhkan di Liga Europa. Oleh itu, Chelsea boleh memulakan rundingan lagi untuk pertukaran p

Jurulatih Bayer Levekusen, Peter Bosz, yakin Kai Havertz tidak akan menyertai pasukan Chelsea pada perpindahan kali ini.

Dalam satu lagi laporan dari Jerman, perpindahan Kai Havertz ke Chelsea pada musim panas tahun ini masih sukar. Ini kerana Bayer Leverkusen tetap menegaskan bahawa ia hanya akan menjual Havertz pada harga €100 juta.

Sebaliknya Chelsea ketika ini menyediakan dana €80 juta sahaja untuk pemain tersebut.

Rudi Voller menegaskan bahawa mereka tidak akan memberikan diskaun covid untuk pemain tersebut. Di mana Chelsea perlu membayar tanda harga yang mereka sudah tetapkan.

Sumber: Evening Standard

Baca juga perkembangan lain

Twitter Rasmi Heracles Almelo Umum Kedatangan Kai Havertz Dengan ‘Welkom Kai’

Kesabaran Kunci Kemenangan, Dan Ole Turut Kritik Suka Menggentel

Cristiano Ronaldo Mahu Tinggalkan Juventus