Harry Maguire telah diiktiraf sebagai MOTM / man of the match dalam aksi antara Man United menentang Sheffield.

Baca Juga:

Bekas kapten United itu sekali lagi bermain sebagai kesebelasan utama selepas ketiadaan Lisandro Martinez dan juga Varane yang baru cergas.

Manchester United menang hasil 2-1 menerusi Scott McTominay dan gol berkelas dunia daripada Diogo Dalot.

Bagaimanapun, United meneruskan masalah yang mereka lalui selama ini iaitu melepaskan bolos sebaik sahaja selepas menjaringkan gol.

Ianya berlaku selepas McTominay meletakkan mereka di hadapan, beberapa minit kemudian, pemain itu juga memberikan penalti kepada Sheffield selepas bola terkena tangannya. Penalti itu disudahkan oleh Ollie McBurnie.

Namun prestasi Harry Maguire paling mencuri tumpuan. Dia bertahan dengan baik dan juga melakukan beberapa hantaran panjang yang berkualiti.

Sebelum ini Maguire pernah menyatakan bahawa dia berpuas hati dengan prestasinya di Man United musim lalu, berdasarkan rekod kemenangan United yang tinggi setiap kali dia bermain.

Dan dia meneruskan lagi prestasi itu. Peminat United rata rata bersetuju bahawa Harry Maguire adalag MOTM yang tepat dan berharap pemain itu akan meneruskan prestasinya.

Maguire berdepan dengan banyak tekanan dan kritikan daripada peminat sepanjang musim lalu dan musim ini. Namun dia kekal fokus dengan tugasannya di atas padang.

Adakah aksi ini merupakan titik tolak penting kepada kebangkitan prestasi pemain bek tengah termahal dunia itu?