Harry Maguire terus membuktikan bahawa dia pemain yang kekal dipercayai pengurus England iaitu Gareth Southgate.

Baca Juga:

Terbaru pemain itu mendapat panggilan skuad kebangsaan England sekali lagi walaupun terus gagal mendapat tempat dalam skuad Erik Ten Hag.

Walaupun sekadar memanas bangku simpanan sejak musim lalu lagi, Magyire masih mendapat kepercayaa Gareth Southgate.

Tahun lalu Southgate pernah menasihati Maguire untuk mencari kelab lain bagi membolehkan dia mendapat minit permainan.

Kemudian beberapa bulan selepas itu Southgate menyatakan bahawa Maguire tak perlu tertekan walaupun tidak bermain kerap di Man United kerana tempatnya dalam skuad 3 Singa terus terjamin.

Harry Maguire digelar ‘Southgate boy’ oleh peminat di England merujuk kepada istilah anak emas pengurus itu. Namun Southgate mempertahankan pemain itu sebagai layak untuk bermain di skuad kebangsaan England.

Soutghate menganggap Maguire sebagai pemain penting kepada sistem permainan England.

Pertahanan Liverpool Trent Alexander Arnold turut dipanggil namun kali ini dia disenaraikan sebagai pemain tengah.

Penyerang Arsenal, Eddie Nketiah juga berjaya menempatkan dirinya dalam panggilan kali ini.

Southgate menjelaskan Eddie Nketiah berhak dipanggil kerana dia pemain penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk skuad B-23 England. Dan dia juga cemerlang awal musim ini bersama Arsenal.

Bekas kapten Liverpool, Jordan Henderson yang kini bermain di Arab Saudi juga berada dalam senarai panggilan terbaru oleh England.

Raheem Sterling terlepas daripada panggilan kali ini walaupun sudah menunjukkan prestasi yang baik.

Apa pandangan anda?