Hari ini adalah hari yang paling ditunggu-tunggukan oleh peminat bola sepak tempatan kerana Majlis undian rasmi Piala Asia 2023 bakal berlangsung di Katara Opera House, Doha di Qatar.
Baca Juga:
- Barisan Jurulatih Harimau Malaya ‘Cedok Ilmu’ Berguna Di Sepanyol
- Harimau Malaya Dijemput Sertai Kejohanan Asia Selatan
- Ranking FIFA: Harimau Malaya Dijangka Naik Ke 138 Dunia
- FAM Setuju Derma RM1 Jualan Tiket Harimau Malaya Kepada KBS
24 pasukan yang layak secara merit bakal diundi dalam 6 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 4 pasukan.
Para peminat sudah pasti berdebar-debar menantikan pasukan manakah yang akan bertemu skuad kendalian Kim Pan Gon di kejohanan itu tahun depan.
2️⃣4️⃣ Teams 6️⃣ Groups
The stage is set for greatness as #AsianCup2023 Final Draw looms!
Tell us your predictions! 🧙♂️ 🔮
📺 Watch 𝐋𝐈𝐕𝐄 on AFC Asian Cup YouTube and AFC Asian Cup Facebook! pic.twitter.com/ataAtXoEog
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) May 10, 2023
Berdasarkan kedudukan pasukan dalam balang undian, Harimau Malaya tidak akan berada sekumpulan dengan dua negara jiran Asia Tenggara iaitu Thailand dan Indonesia.
Namun, Vietnam berpotensi diundi dalam kumpulan yang sama dengan Malaysia kerana berada di balang 3 berdasarkan kedudukan ranking FIFA.
Balang 3 turut dihuni oleh lima pasukan yang agak kuat iaitu Bahrain, Syria, Palestin, Kyrgyz dan Lebanon.
Manakala Iraq,Emiriah Arab Bersatu (UAE), Oman, Uzbekistan, China dan Jordan yang sering menewaskan Malaysia menduduki Balang 2.
Bagaimanapun, tumpuan peminat lebih terarah kepada balang 1 yang dihuni oleh pasukan Piala Dunia 2022 seperti Qatar, Jepun, Iran, Korea Selatan, Australia dan Arab Saudi.
Jepun, Australia dan Korea Selatan mara ke pusingan kedua Piala Dunia 2022 di Qatar malah Arab Saudi sempat mengejutkan juara Piala Dunia 2022, Argentina 2-1 di peringkat kumpulan.
Para peminat bola sepak tempatan teruja menantikan undian pasukan dari balang 1 dan skuad Harimau Malaya berpeluang bertemu Jepun dan Korea Selatan jika diundi dalam kumpulan yang sama.
Hal ini kerana sudah lama Malaysia tidak bertemu gergasi Asia tersebut dan para pemain tidak sabar berentap dengan bintang terkemuka seperti Son Heung Min, Kaoru Mitoma dan Ritsu Doan.
Piala Asia bermula pada 12 Januari hingga 10 Februari 2024 di lapan gelanggang di Qatar dengan enam daripadanya pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.
✨ 𝐇𝐄𝐑𝐄 𝐖𝐄 𝐆𝐎 ✨
✅ The competition dates and 8️⃣ coliseums are now confirmed. #AsianCup2023 🇶🇦 Qatar is coming! pic.twitter.com/yxEAj321oS
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) April 5, 2023
Antara venue yang dipilih ialah Stadium Al Janoub, Stadium Al Bayt, Stadium Ahmed Ali, Stadium Al Thumama, Stadium Kota Pendidikan dan Stadium Antarabangsa Khalifa manakala yang lain, Stadium Jassim Hamad dan Stadium Abdullah Khalifa.
Pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah Piala Asia ialah tempat ketiga Kumpulan B di Kuwait pada 1980 dan kali terakhir negara beraksi di Piala Asia ialah pada tahun 2007 ketika bergelar tuan rumah.