Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bakal jadi gelanggang skuad Harimau Malaya untuk dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Yaman dan Kepulauan Solomons pada bulan Jun 2023.
Baca Juga:
- Harimau Malaya Dijemput Sertai Kejohanan Asia Selatan
- Cedera Hamstring Punca Arif Aiman Disisihkan Dari Skuad Harimau Malaya
- Turkmenistan Dapat Pengajaran Berguna Daripada Harimau Malaya
Perkembangan itu disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin yang turut mengumumkan harga tiket kekal pada kadar RM30 bagi dewasa.
“Pasukan kita akan beraksi di Kuala Terengganu untuk memberikan peluang kepada peminat di pantai timur iaitu Terengganu dan Kelantan menyaksikan perlawanan dan pemain secara dekat,” katanya dalam Bernama.
It’s official! #HarimauMalaya 🇲🇾 at SSMZA for FIFA Matchday in June!
🆚 Yemen 🇾🇪
🆚 Solomon Islands 🇸🇧Let’s go @ultrasmalaya07 @UltrasTranung!!! #DemiMalaysia 🐯 pic.twitter.com/ipQPyWEuax
— Football Terengganu (@FootballTRG) April 18, 2023
Berdasarkan rekod, Harimau Malaya pernah beraksi di pantai timur ketika perlawanan persahabatan menentang Palestin pada tahun 2013 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Malaysia dijadualkan menentang Kepulauan Solomons yang menghuni ranking ke 134 dunia pada 15 Jun, diikuti aksi menentang Yaman (ranking 157) pada 20 Jun.
Pada jendela FIFA bulan lepas, pasukan negara bimbingan Kim Pan-gon berjaya mencatat dua kemenangan ketika berdepan Turkmenistan dan Hong Kong sekaligus memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA.
Skuad kendalian Kim Pan-gon itu menewaskan Turkmenistan (ranking 135) 1-0 pada 23 Mac lepas hasil jaringan tunggal Akhyar Rashid pada minit ke 28.
Keputusan tersebut sekaligus memberikan tambahan mata sebanyak 5.27 dalam ranking FIFA sekaligus naik ke tangga 139 dunia dengan jumlah 1077.29 mata.
Perubahan kedudukan ranking itu berlaku selepas Mexico menewaskan Suriname (ranking 139) 2-0 dalam saingan Liga Negara CONCACAF pada 24 mac.
Pada perlawanan kedua, Harimau Malaya mengutip sebanyak 4.84 mata hasil kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong (ranking 146) sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1083.13 mata.
Dengan jumlah itu, Harimau Malaya naik 4 anak tangga ke kedudukan ranking 138 dunia mengatasi negara seperti Ethiopia, Suriname, Burundi dan Eswatini.
FIFA Rankings update March 2023 for several countries which are requested by followers. Sorry for wrong calculation yesterday due to human error. Please find the corrected points below, thanks pic.twitter.com/9YvV4SgdNY
— Footy Rankings (@FootyRankings) March 29, 2023
Kali terakhir Malaysia masuk dalam kelompok 130-139 dunia adalah pada Ogos 2010. Kedudukan ini boleh berubah sekiranya Malaysia konsisten mencatat kemenangan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang seterusnya.
Malaysia memerlukan beberapa perlawanan lagi untuk naikkan mata ranking FIFA supaya berpeluang berada di balang undian yang lebih baik untuk saingan kelayakan Piala Dunia 2026.
Hal ini kerana Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah merangka format baharu kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 untuk menentukan cara terbaik memilih pasukan ke Piala Dunia berdasarkan jumlah slot yang telah ditetapkan.
Pasukan di ranking 26 hingga 47 Asia akan bermain di pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia melibatkan satu perlawanan (Home & Away). Ketika ini, Malaysia berada di ranking 25 Asia dan bakal beraksi di pusingan kedua.