Malaysian Football League (MFL) sebentar tadi telah mengumumkan harga tiket perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2021 yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 November 2021 (Selasa).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan laman Facebook rasmi MFL, senarai harga tiket perlawanan akhir  tersebut adalah mengikut empat tier bermula dengan General Admission yang berharga RM50 dan RM70, Premium General Admission (RM80) serta Premium Grandstand (RM150).

“MFL telah menetapkan harga tiket bagi perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2021 adalah sama seperti harga tiket pada 2019,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam.

“Meskipun MFL terpaksa menanggung peningkatan kos penganjuran tahun ini dan tiket hanya diperuntukkan sebanyak 20,000 tempat duduk, MFL masih mengekalkan harga tiket walaupun dengan jualan kuantiti tiket yang agak terhad.”

“Buat masa ini, sejumlah 20,000 tiket tempat duduk terbuka akan dijual mengikut kapasiti penonton yang dibenarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) tetapi MFL telah mengemukakan permohonan kepada MKN agar jumlah itu dapat ditambah.”

“Selain itu MFL juga telah memohon untuk penonton dibenarkan makan dan minum di dalam stadium dan kami berharap permohonan itu akan mendapat pertimbangan sebaiknya daripada pihak MKN,” katanya dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan badan penganjur bola sepak tempatan itu.

Untuk makluman, orang ramai boleh membuat pembelian tiket menerusi pautan www.tickethotline.com.my pada Sabtu, 27 November 2021 bermula jam 12 tengah hari.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Messi Yakin Xavi Akan Kembalikan Kegemilangan Barcelona

Alex Ferguson Ketuai Pakatan Calonkan Pochettino Jadi Pengurus Baharu Manchester United

Laungan “Ref Bodo!, Ref Bodo! Ref Bodo!” Dan Balingan Botol ‘Mengiringi’ Pengadil Masuk Ke Bilik Persalinan