Ketua Jurulatih Kepulauan Solomon, Felipe Vega Arango mendedahkan pasukannya dibarisi oleh ramai pemain amatur menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentang Harimau Malaya di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam esok.
Baca Juga:
- Lebih 2,000 Tiket Aksi Malaysia-Kepulauan Solomon Telah Terjual
- TV9 Siar Dua Aksi Persahabatan Harimau Malaya Pada Bulan Jun
- Kim Pan Gon Mahu Uji Kemampuan Pemain Berdepan Pasukan Berbadan Besar
Daripada 23 pemain yang dibawa, hanya seorang sahaja pemain berstatus profesional yang beraksi dalam Liga Bosnia.
Justeru itu, beliau menyifatkan skuad Malaysia kendalian Kim Pan Gon mempunyai kelebihan dari segi kualiti pemain dan sedia memberikan tentangan sengit kepada Harimau Malaya.
“Daripada 23 senarai pemain, hanya tiga pemain berpangkalan di luar negara manakala seorang sahaja berstatus profesional iaitu, Raphael Lea’i yang beraksi dalam Liga Bosnia.
“Walaupun ranking kami lebih baik di tangga 134, namun ia tidak boleh dijadikan sebagai kelebihan buat kami dalam perlawanan malam esok,” katanya.
Walaupun Solomon Islands berada di ranking FIFA lebih tinggi, iaitu 134 dunia berbanding Malaysia (138), namun Arango tidak melihat ia sebagai satu kelebihan kerana Harimau Malaya lawan yang sukar.
Perlawanan itu juga penting buat pasukannya bagi mengekalkan rekod empat kemenangan dalam lima aksi persahabatan yang ditempuh sebelum ini.
“Sejujurnya semua pemain Malaysia boleh jadi ancaman, mereka ada dua pemain sayap yanghebat, saya tak tahu nak sebut nama mereka, mereka juga ada pemain pertahanan kiri yang hebat iaitu Corbin Ong yang mempunyai kaps dan bantuan gol yang banyak.
“Tetapi mereka pasukan yang hebat, semua pemain profesional berbanding kami yang hanya seorang saja profesional jadi ia pastinya satu cabaran yang hebat,” tambahnya.
Selepas aksi menentang Kepulauan Solomon, skuad Harimau Malaya dijadualkan bertemu Papua New Guinea di stadium yang sama pada 20 Jun ini.
Lebih 3000 tiket perlawanan menentang Kepulauan Solomon di telah terjual setakat ini.
Jualan tiket perlawanan itu bermula sejak 1 Jun lalu dan para peminat bola sepak tempatan boleh mendapatkannya secara dalam talian menerusi laman web tickethotline.com.my.
Harga tiket untuk semua tempat duduk terbuka ialah RM30 manakala kanak-kanak berusia 6 tahun hingga 12 tahun dikenakan bayaran tiket sebanyak RM5.