Tepat jam 9 pagi nanti, jualan tiket perlawanan akhir kejohanan AFF Suzuki Cup 2018 akan bermula dan sudah pastinya ribuan penyokong skuad Malaysia akan bersiap sedia dihadapan komputer, serta telefon masing-masing.

Bagi mereka yang mahu mendapatkan tiket untuk tempat duduk terbuka yang akan dijual dengan harga RM40 sekeping, mungkin tidak menjadi masalah kerana ada 20,000 keping yang tersedia untuk dijual.

Berbanding dengan jumlah kuota jualan online bagi tiket dibahagian ‘Grandstand’, yang berharga RM50, hanya 200 keping tiket sahaja yang akan dijual selama 2 hari mulai jam 9 pagi nanti.

Bukit_Jalil_National_Stadium-26

VocketFC menerima maklumat mengenai perkara ini dan diberitahu bahawa 100 keping tiket Grandstand akan dijual pada hari ini dan 100 keping tiket lagi akan dijual secara online esok – menjadikan jumlah keseluruhan 200 keping untuk tiket Grandstand bagi kuota jualan online melalui TicketHotline.

Dengan maklumat ini juga, mungkin dapat membantu para pembeli yang mungkin mahu mendapatkan tiket Grandstand esok supaya merancang pembelian mereka kerana kebarangkalian untuk mendapatkan tiket Grandstand lebih sukar berbanding tiket terbuka kerana jumlah kuota yang terlalu kecil.

Setakat ini tidak dapat dipastikan berapakan jumlah sebenar bilangan tiket grandstand yang akan dijual dikaunter.