Bekas penyerang skuad kebangsaan, Hairuddin Omar menegur Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau baru-baru ini.
Menerusi laman media sosial Facebook miliknya, Hairuddin menyatakan menyamakan seseorang individu dengan Tokong adalah tidak wajar apatah lagi individu yang disamaian itu beragama Islam.
https://www.facebook.com/100008061843012/posts/3284016725210357/
“Sampai bila kita nak menipu diri sendiri dan menyebarkan yang bukan-bukan mengenai bola sepak Malaysia untuk menutup keaiban sendiri?
“Cukup la memberi alasan dan mencari kesalahan orang lain. Kita harus melihat diri sendiri dan memperbaiki diri sendiri untuk majukan kelab masing-masing. Barulah kita boleh memajukan bola sepak negara.
“Kita sudah pun ada Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai benchmark dalam industri ini. Kejayaan mereka hasil usaha mereka dalam memperbaiki kelab dari 2013 hingga ke hari ini. Dari segi fasiliti, padang, pengurusan, akademi, gaji on-time dan sebagainya.
“Mereka dah sampai tahap Asia. Dah buktikan bahawa mereka boleh bersaing dengan kelab-kelab terbaik Korea and Jepun. Kita juga yang untung sebab kejayaan mereka akan membolehkan kelab-kelab lain di Malaysia bermain ACL pada masa hadapan.
“Tapi kita semua perlu meningkatkan lagi usaha supaya dapat bersaing nanti. Jangan dah sampai ACL nanti lepas tu masih nak salahkan orang lain bila tak dapat bersaing dengan kelab kelab besar Asia.
“Menyamakan seseorang individu muslim lain seperti 'Tokong' adalah tidak sangat tidak wajar,” kata Hairuddin Omar.
https://twitter.com/pemain_ke_12/status/1526913780805840897?s=21&t=NbkVhdof4n0rnLYPvy9oVw
Baru-baru ini, Datuk Seri Muhammad Sanusi menyatakan beliau tidak mahu sebarang “tokong” dalam saingan liga bola sepak tanah air.
“Bola sepak ini bukan untuk individu dan tak boleh ada ‘tokong’ dalam sukan ini sampai semua nak pergi sembah dia dulu. Jangan ada tokong dalam bola sepak sebab bola sepak ini sukan untuk semua orang.
“Sebelum perlawanan, bawa banner besar tertulis fair play tetapi ada “tokong”. Semua nak kena tanya dia dulu, ‘mampuih’ lagu (macam) tu, nak main macam mana,” katanya.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
https://www.vocketfc.com/benjamin-mora-kami-tidak-bermain-seperti-diharapkan/
https://www.vocketfc.com/kim-pan-gon-mahu-lihat-sendiri-aksi-de-paula-dalam-dua-perlawanan-persahabatan/
https://www.vocketfc.com/jang-suk-won-mungkin-bersara-kedah-cari-pemain-import-asia-baharu/