Penyerang Bola Sepak Kebangsaan Negara Bawah 19 Tahun, Hadi Fayyadh Abdul Razak sah sertai Kelab Divisyen 2, Liga Bola Sepak Profesional Jepun (JLeague) Fagiano Okayama untuk tempoh satu tahun. Hadi terdahulu telah menjalani latihan percubaan bersama kelab ini sebabyak 2 kali iaitu pada bulan September dan November yang lepas.

Hadi yang di temui media ketika Majlis Menandatangani Kontrak bersama Kelab Fagiano Okayama di Pusat Latihan Masada Okayama, Jepun nyata gembira dengan kejayaan tersebut.

“Alhamdulillah, saya berasa sangat gembira kerana telah berjaya menempatkan diri dalam kelab ini. lni merupakan cita-cita saya sejak kecil dan juga merupakan satu permulaan yang baik bagi saya untuk meningkatkan kemahiran diri. Sebagaimana yang kita tahu, Jepun merupakan antara pasukan Bola Sepak yang terbaik di Asia dan mempunyai program pembangunan bola sepak yang tersusun. Oleh, yang demikian, peluang yang saya perolehi ini akan saya gunakan sehabis baik demi masa depan yang lebih gemilang dalam arena bola sepak.”

ef38fef7-7a25-4da5-a604-bda8d9514eb6

Selain itu, Hadi Fayyadh menyifatkannya peluang yang di terima ini adalah sebagai medan yang terbaik kepada dirinya untuk meningkatkan prestasi diri selain mengucapkan penghargaan kepada pihak Yakult Malaysia atas usaha mereka membantunya untuk mendapat tempat di Jepun.

“Pemain-pemain di sini sangat bagus, berani untuk belajar benda baru dan tidak takut untuk membuat silap. Mereka mempunyai kemahiran yang baik, laju dan saya merasakan saya boleh menjadi pemain yang baik jika bersama mereka di sini”

“ Target saya seterusnya adalah untuk meningkatkan kemahiran yang ada agar mendapat tempat dalam kesebelasan utama dalam perlawanan yang akan datang. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Encik Hiroshi Hamada, Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Sdn Bhd yang membuka jalan dan membantu saya dalam mendapatkan tempat di sini”

d405bbb0-48e4-4302-b62f-58af93bfbcb0

Sementara itu, Pengarah Urusan Yakult (M) Hiroshi Hamasa menyifatkan kejayaan Hadi mendapat tempat bersama kelab Fagiano Okayama adalah hasil kerja kuat Hadi sepanjang latihan dan merupakan kejayaan sulung buat pemain Malaysia.

“ Saya di maklumkan oleh Pengurus Kelab Fagiano Okayama bahawa Hadi sentiasa memberikan yang terbaik dalam sesi latihan yang di adakan sehingga membuat mereka tertarik untuk mengambil Hadi untuk menyertai mereka.”

“Sebagai penaja Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), saya turut berkongsi kegembiraan ini dan berharap agar kejayaan ini dapat menjadi pembuka ruang untuk lebih ramai lagi pemain Malaysia bermain di Liga Profesional Jepun. Kami akan sentiasa menyokong Hadi dan membantu mana-mana pemain Malaysia yang ingin mendapatkan tempat di sini”

Sebagai rekod, Yakult telah menjadi penaja rasmi bagi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Institut Sukan Negara (ISN) di mana minuman Yakult telah di iktiraf sebagai minuman rasmi FAM dan juga ISN. Setiap botol Yakult yang terjual akan di sumbangkan 1 sen kepada pembangunan bola sepak negara.