Penyerang skuad B-22 tahun negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak bakal beraksi dalam saingan divisyen ketiga liga bola sepak Jepun musim hadapan apabila beliau dipinjamkan ke Azul Claro Numazu.

Setelah menandatangani kontrak lanjutan pada minggu lalu, Fagiano mengambil keputusan untuk meminjamkan Hadi ke Azul Claro untuk beliau mendapatkan minit bermain serta meraih pengalaman sebelum kembali semula ke pangkuan kelab J2 itu.

Hadi Fayyadh sudah tidak asing lagi dengan bola sepak Jepun dimana beliau sudah beraksi bersama Fagiano Okayama sejak musim 2019 lalu.

Sebelum ini, bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu pernah menjalani ujian bersama satu lagi kelab yang beraksi dalam saingan J3 iaitu Roasso Kumamoto
Namun beliau gagal untuk mendapat sebarang kontrak profesional bersama kelab tersebut.

Diharapkan Hadi dapat menampilkan prestasi terbaik sekaligus menarik minat ketua jurulatih Azul Claro untuk meletakkan beliau dalam kesebelasan utama dalam perlawanan J3 musim hadapan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Hadi Fayyadh di sini:

RASMI: Fagiano Okayama Umumkan Lanjutan Kontrak, Hadi Fayyadh Kekal Di Jepun Buat Tahun Ke-3

Tonton Video Tembual Hadi Fayyadh Dalam Bahasa Jepun Yang Amat Membanggakan

Tonton Video Temubual Santai Bersama Hadi Fayyadh Berbahasa Bahasa Jepun Yang Layak Terima Pujian