Selepas ditangguhkan lebih 2 bulan, saingan K League musim 2020 akhirnya membuka tirai pada minggu lepas dengan perlawanan pertama membabitkan Jeonbuk Hyundai Motors menentang Suwon Samsung Bluewings dan berjaya mencatat rekod lebih 3 juta penonton di media sosial.
Bagi membendung penularan wabak pandemik COVID-19, semua perlawanan akan dilangsungkan tanpa kehadiran penonton dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lebih ketat.
Namun begitu, juara K League 2016, FC Seoul menjadi mangsa kecaman para peminat bola sepak di Korea Selatan apabila dilihat menggunakan patung seks sebagai penonton tiruan di stadium mereka ketika perlawanan menentang Gwangju FC.
Terdapat 30 patung, 28 daripadanya merupakan patung yang menyerupai seorang perempuan manakala selebihnya lelaki. Mereka disusun duduk berasingan mengikut panduan penjarakan sosial sambil memaparkan iklan beberapa syarikat penaja.
Menurut laporan daripada BBC News, sebelum perlawanan bermula, sebuah syarikat yang bernama Dalcom telah menawarkan khidmat mereka untuk memeriahkan stadium dengan pelbagai cara lalu dipersetujui oleh pihak kelab.
FC Seoul sebenarnya merancang untuk meletakkan ‘orang tiruan’ sebagai penonton di stadium namun tidak sangka Dalcom telah memesan patung silikon lucah (Sex Dolls) daripada penjual alat permainan seks untuk diletakkan di tempat duduk.
https://twitter.com/WhoAteTheSquid/status/1262447655122337799
FC Seoul mengakui mereka gagal menyiasat latar belakang syarikat itu dan tidak tahu mereka bekerja dalam industri seks.
“Kami memohon maaf setulus hati kerana mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat.
“Kami sudah membuat pengesahan dari peringkat awal lagi bahawa mereka tidak mempunyai kaitan dengan alat permainan seks,” kata kenyataan daripada kelab itu.
Mengulas mengenai isu tesebut, pengarah Dalcom, Cho Young-June menyifatkan pekerjanya sangat cuai dan gagal menyembunyikan logo syarikat alat permainan seks seperti yang dikesan oleh peminat ketika menonton siaran langsung perlawanan itu.
“Mereka sepatutnya cabut dulu logo itu sebelum perlawanan bermula. Kami mahu nampak seperti ‘manusia sebenar’. Ada beberapa jenis rambut dan logo yang tersisa masih diketahui oleh orang ramai,” jelasnya.
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan K League melalui pautan dibawah.
K League Cipta Rekod Lebih 3.4 Juta Penonton Di Media Sosial Pada Perlawanan Pertama
K League Berjaya Jual Hak Penyiaran Kepada 10 Negara Termasuk Malaysia