Pengurus Manchester City, Pep Guardiola telah menyatakan bahawa Julian Alvarez tidak rehat secukupnya selepas kejayaannya menjulang Piala Dunia 2022 bersama dengan Argentina.

Baca Juga:

Guardiola akui terpaksa menurunkan Alvarez kerana mahu meraih 3 mata daripada perlawanan tersebut. Memandangkan Arsenal memenangi aksi mereka dalam sepak mula lebih awal.

Guardiola memberikan pujian kepada Julian Alvarez yang masih tampil bersemangat untuk terlibat dalam tugasan kelab walaupun pemain itu tidak cukup rehat.

Penyerang Manchester City, Julian Alvarez adalah pemain utama dalam membantu kejayaan Argentina di kejohanan besar di Qatar itu.

Dia berada dalam kesebelasan utama selepas dua perlawanan kumpulan pertama dan menjaringkan empat gol.

Selepas bermain di final pada 18 Disember, pemain berusia 22 tahun itu kembali ke padang latihan City pada Jumaat lalu dan masuk sebagai pemain gantian lewat ketika seri 1-1 menentang Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad sehari kemudian.

Guardiola berkata mengenai Alvarez: “Dalam beberapa minit terakhir, pada kedudukan 1-1, kami memerlukan pemain di dalam kawasan penalti. Itulah sebabnya dia bermain.”

“Tetapi sebenarnya, dia hanya berehat selama seminggu, sepuluh hari – itu dikira tidak banyak selepas final Piala Dunia.”

Gol Piala Dunia Alvarez telah menambah tujuh gol yang dijaringkannya untuk City musim ini. Dia telah membuat 21 penampilan untuk kelab itu, termasuk 13 sebagai pemain gantian.

Guardiola ditanya sejauh mana dia terfikir tentang menggandingkan Alvarez dan penjaring terbanyak 27 gol City, Erling Haaland – yang meletakkan mereka di hadapan menentang Everton – menentang pasukan yang bertahan dan dia berkata: “Ya, ia boleh berlaku. Bola sampai ke sana dan anda mempunyai dua penyerang yang akan menjaringkan gol.”

Walaubagaimanapun, Guardiola menjelaskan, meletakkan dua penyerang di hadapan tidak menjamin gol akan terhasil jika pemain lain tidak memberikan sumbangan dalam proses taktikal tersebut.

“Tetapi untuk mencipta peluang tersebut anda perlu melakukan proses tersebut dan kadangkala anda memerlukan jenis pemain lain untuk mencipta peluang tersebut.”

“Tetapi sudah tentu mereka boleh bermain bersama, terutamanya menentang pasukan dengan lima pertahanan,” tutup pengendali dari Sepanyol itu.