Jika sebelum ini dunia bola sepak dikejutkan dengan tajaan Spotify dengan Barcelona, sebuah lagi syarikat teknologi bakal mengikuti langkah yang sama iaitu Google yang kini sedang berunding dengan kelab kendalian Antonio Conte, Tottenham Hotspur.
Baca Juga:
- EPL: Tottenham Ajar Arsenal, Conte Label Arteta Kaki Kompelin
- Antonio Conte: Visi Dan Falsafah Tottenham Lemahkan Pasukan Sendiri
- EPL 2022/23: Ragam Tuchel, Conte Hiasi Kebangkitan Tottenham Ikat Chelsea
Syarikat yang terkenal dengan penawaran enjin pencarian di internet itu dilaporkan berminat untuk mendapatkan hak nama pada stadium Tottenham Hotspur dengan nilai sekitar $250 juta (~RM1.1 bilion).
🚨 Google are in talks with Tottenham over a deal for the naming rights of their new stadium.
(Source: @David_Ornstein) pic.twitter.com/jq8rKnvcAH
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) October 10, 2022
Untuk pengetahuan, stadium Tottenham Hotspur pada ketika ini berjaya menempatkan 62,850 tempat duduk dan bukan digunakan pihak kelab, malah menjadi lokasi untuk perlawanan melibatkan sukan NFL dan juga ragbi.
Mengulas mengenai syarikat Google, pada ketika ini mereka telah mempunyai beberapa tajaan bersama pasukan melibatkan sukan-sukan berbeza terdiri daripada NBA, MLB dan juga yang terbaru adalah pasukan McLaren Formula 1.
Sekiranya kerjasama antara Google dan Tottenham ini termeterai, tidak mustahil trend syarikat teknologi bersama pasukan bola sepak ini bakal menjadi ikutan sekaligus meningkatkan nilai komersial kedua-dua pihak.
Malah, stadium Tottenham Hotspur bakal dijenamakan sebagai Google Stadium. Ketika ini hak penamaan stadium Manchester City dengan Etihad, terbesar dalam sejarah bola sepak Inggeris, bernilai £21.9 juta setahun.