Pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid mempunyai minggu yang baik apabila beliau menjadi pemain Malaysia pertama yang menjaringkan gol dalam sejarah saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Lebih manis, gol yang dijaringkan oleh ketua pasukan skuad bawah 23 tahun negara ini ketika JDT turun menentang Shandong Luneng tercalon bagi anugerah Allianz Goal Of The Week.
60' – WHAT A GOAL from Safawi! 2-1 #JDT!
Safawi Rasid has scored a stunner as he battles Shandong Luneng defender and still manages to find the top corner from a long distance! @OfficialJohor have reduced the deficit here! #SDLvJDT #ACL2019 pic.twitter.com/geEgFcru8X
— FOX Sports LIVE! (@FSAsiaLive) April 9, 2019
Selain jaringan Safawi, tiga lagi jaringan daripada pemain Persepolis, Shojae Khalilzadeh, pemain Pakhtakor Taskent, Khojiakbar Alijonov dan ketua pasukan Al-Sadd, Xavi Hernandez turut tersenarai dalam calon untuk anugerah gol mingguan terbaik.
⚽ The goals just keep getting better in the #ACL2019 Allianz Goal of the Week!
🚴 Shojae Khalilzadeh
🔥 Safawi Rasid
🚀 Khojiakbar Alijonov
😘 XaviVote for your favourite goal now 👉 https://t.co/bsiVzbhoP6 pic.twitter.com/Xt4a2ARWh7
— #ACL (@TheAFCCL) April 11, 2019
Marilah kita beramai-ramai mengundi jaringan Safawi bagi membolehkan beliau membawa pulang anugerah gol mingguan terbaik. Anda boleh mengundi jaringan Safawi di sini.