Penyerang Girona Taty Castellanos menjaringkan 4 gol yang luar biasa ketika pasukannya menewaskan juara Real Madrid 4-2 dalam La Liga pada Selasa.
Baca Juga:
- UCL 2022/23: Real Madrid Mudah Humban Chelsea Keluar Saingan
- Mengenang Teknik Luar Biasa Guti Ketika Bersama Real Madrid
- UCL 2022/23: Real Madrid Cemerlang Tundukkan Chelsea
Kemenangan Girona ini membantu pendahulu Barcelona menghampiri trofi kejuaraan mereka musim ini.
Real Madrid kendalian Carlo Ancelotti kini ketinggalan 11 mata di belakang Barcelona setelah bermain satu perlawanan tambahan, dengan kekalahan ini hampir membunuh harapan mereka untuk mempertahankan kejuaraan.
Castellanos menangis selepas terlepas peluang besar menentang Barcelona pada awal April ketika Girona seri, tetapi menebusnya dengan cara yang menakjubkan di Montilivi menentang Madrid.
Penyerang Argentina itu, yang dipinjamkan ke Girona dari New York City FC — dimiliki oleh kumpulan City — mendedahkan kelemahan Real Madrid dalam bertahan sebelum perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Manchester City pada Mei.
Ancelotti sebelum perlawanan, berkata pasukannya perlu kekal dalam mencipta kemenangan yang positif dalam liga untuk kekal di puncak permainan mereka di Eropah.
Namun dalam aksi berdepan Girona, segalanya serba tak kena.
Ancelotti kehilangan khidmat Karim Benzema yang mengalami kecederaan ketika menang ke atas Celta Vigo pada hujung minggu, manakala penjaga gol Thibaut Courtois tidak dapat beraksi kerana masalah sakit perut.
Bekas pertahanan Madrid, Miguel Gutierrez merencana gol pembukaan dengan hantaran silang untuk Castellanos, yang ditanduk pemain itu dari jarak dekat pada minit ke-12.
Gol itu berlaku ketika Real Madrid memulakan perlawanan dengan dominan.
Rodrygo berpeluang cerah menyamakan kedudukan untuk Madrid tetapi sepakannya tersasar.
Castellanos menggandakan pendahuluan Girona selepas 24 minit apabila dia menyusup masuk dari belakang Eder Militao dan merembat melepasi kaki Andriy Lunin.
Vinicius membalas satu gol untuk Real Madrid dengan tandukan daripada hantaran lintang Marco Asensio, memberi mereka harapan untuk bangkit pada separuh masa kedua.
Bagaimanapun Castellanos menjaringkan gol ketiganya hanya 36 saat selepas rehat selepas satu lagi aksi larian kemas dan hantaran silang Yan Couto.
Penyerang itu melukakan Real Madrid sekali lagi selepas 62 minit, sekali lagi memanfaatkan kesilapan Militao untuk menjaringkan gol keempatnya dan Girona.
Ia mengingatkan penyerang Barcelona Robert Lewandowski menjaringkan empat gol ketika menentang Madrid untuk Borussia Dortmund pada 2013 dalam Liga Juara-Juara Eropah.
Militao, yang telah menjadi salah seorang pertahanan terbaik liga musim ini, akan berharap untuk melupakan segera aksi hambarnya dalam perlawanan ini.
Lucas Vazquez menjaringkan satu lagi gol saguhati untuk Madrid.
Tamat perlawanan Girona 4 Real Madrid 2 hasil 4 gol oleh Castellanos yang cemerlang.