Hasrat penyokong Filipina untuk melihat penampilan sulung penyerang Bundesliga, Gerrit Holtmann dalam perlawanan persahabatan menentang Harimau Malaya malam ini tidak menjadi kenyataan apabila pemain itu disahkan positif COVID-19.

Kelabnya, VFL Bochum dalam satu kenyataan mengesahkan Holtman adalah antara 3 pemain yang didapati positif wabak itu dalam ujian saringan yang dijalankan ke atas semua pemain dan pegawai pasukan.

Holtmann turut meluahkan rasa kecewa melalui media sosialnya apatah lagi ini merupakan panggilan pertamanya selepas turut terlepas aksi Piala Suzuki AFF dan Kelayakan Piala Dunia 2022.

“Kepada penyokong Azkals, dengan rasa dukacita saya terpaksa menangguhkan penampilan sulung dalam skuad kebangsaan Filipina kerana positif COVID-19,” tulisnya melalui laman instagram.

Pemain yang berusia 26 tahun itu cukup dikenali dalam saingan Bundesliga dan menjaringkan 4 gol bersama VFL Bochum. Beliau sepatutnya tiba di Singapura bersama seorang lagi pemain dari luar negara, Neil Etheridge.

Bagaimanapun, pengurus pasukan, Dan Palami tidak bercadang untuk memanggil pemain baharu dan mereka dijangka akan mempertaruhkan pemain JDT, Bienvenido Maranon dan bekas pemain import Melaka United, Patrcik Reichelt di bahagian serangan

PFF turut memanggil dua lagi pemain baharu dari luar negara iaitu  Enrique Linares dari kelab Sepanyol, UD San Pedro dan Diego Bardanca dari kelab Thailand, Buriram United. Kedua-duanya pemain ini dilahirkan di Sepanyol tetapi mempunyai darah kacukan Filipina.

Skuad Azkals memandang serius perlawanan persahabatan di Singapura sebagai medan untuk persiapan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 sambil memperbaiki kedudukan ranking FIFA.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Singapura Umum Nazri Nasir Sebagai Jurulatih Interim Hadapi Malaysia Dan Filipina

ACL 2022: Kalahkan Port FC 3-0, Ulsan Hyundai Sertai Kumpulan I

Nguyen Quang Hai Tinggalkan Hanoi FC, Mahu Beraksi Di Luar Negara

Filipina Mahu Dapatkan Khidmat Bienvenido Marañón Hadapi Sukan SEA Di Hanoi

Thailand Panggil Penyerang Chelsea Hadapi Piala Dubai B-23