Tonggak pertahanan Barcelona, Gerard Pique mengakui bahawa kelab tersebut sudah kembali kepada kebiasaan selepas skuad kendalian Xavi itu meneruskan perjalanan dalam kempen Liga Europa 2021/22.

The Blaugrana mara ke peringkat suku akhir hasil kemenangan 5-3 secara agregat selepas berjaya menundukkan SS Napoli 4-2 pada aksi di Stadio Diego Armando Maradona, awal pagi tadi dimana kedua-dua pasukan terikat 1-1 ketika perlawanan pertama.

Barcelona juga sebelum ini cemerlang dalam kempen domestik apabila melakarkan kemenangan selesa 4-1 ke atas Valencia dengan rekrut baharu, Pierre-Emerick Aubameyang meledakkan hatrik untuk kelab tersebut melonjak ke tangga keempat.

Dalam pada itu, Pique turut melihat taktikal yang diterapkan oleh Xavi juga telah menampakkan hasil dan menjadikan corak permainan menarik ditampilkan oleh para pemain pada ketika ini.

“Kami telah kembali kepada asal [Barcelona yang sebenar], untuk menguasai bola. Untuk beberapa ketika kami berhenti daripada melakukannya [penguasaan bola],” ujar Pique menurut laporan dikeluarkan Goal.

“Banyak perkara telah berubah sejak perlawanan bertemu Bayern Munich. Ketika ini terdapat asas dimana kelab telah mula merasakan keyakinan. Kami telah memperbaiki kekuatan pasukan dengan baik pada Januari, kini kami mempunyai senjata sebenar di jentera hadapan.”

“Semua itu berlaku adalah peningkatan berlanjutan dalam perlawanan, dimana ia diterjemahkan kepada keputusan yang baik dan kadang-kadang tidak, tetapi grafnya sedang meningkat.”

“Saya yakin bahawa trend ini akan membawa Barcelona kepada kedudukan yang baik dan kami akan melihatnya dalam saingan Liga Europa,” tambah Pique lagi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia:

Cassano: AS Roma Dalam Kehancuran Di Bawah Jose Mourinho

Piala Sumbangsih 2022: “Kalau JDT Kalah Esok, Saya Tinggalkan Bola Sepak Sepenuhnya” – TMJ

Meskipun Kekurangan Pemain, Vietnam Mara Ke Pentas Akhir AFF B-23

Sumber