3 gol dibolosi dalam tempoh 11 minit terakhir seolah-olah memberikan satu gambaran jelas dimana lubuk yang berjaya ditemui oleh pasukan UAE ketika berdepan skuad kebangsaan Malaysia awal pagi ini.

Tamat perlawanan dengan keputusan tewas 0-4 telah menjadi satu ‘reality check’ untuk skuad Malaysia mencari penyelesaian sebelum menghadapi Vietnam dalam perlawanan seterusnya.

Tan Cheng Hoe dalam sidang media sejurus tamat perlawanan semalam menjelaskan beberapa perkara mengenai perlawanan yang mungkin menjadi fokus beliau dan barisan kejurulatihan dalam memburu tempat ke pusingan seterusnya.

Skuad Negara

“Saya pasti pemain-pemain kecewa dengan kekalahan dengan jaringan besar malam ini. Saya percaya mereka telah memberikan yang komitmen terbaik tetapi masih belum cukup untuk mendapatkan keputusan yang positif.”

“Kami tahu pasukan UAE lebih baik dan kami sepatutnya bermain dengan lebih konsisten dalam perlawanan, lebih fokus dalam setiap serangan. Dibahagian pertahanan kami tidak berjaya mengekang pemain nombor 7 terutamanya, dia bermain dengan baik.”

“Saya harap kami akan bangkit dalam perlawanan berikutnya.”

Ketika menjawab soalan dalam sidang media itu juga, Tan Cheng Hoe diajukan soalan adakah beliau menjangka untuk tewas dengan jaringan besar, ketua jurulatih Malaysia itu menjelaskan bahawa ia adalah satu ‘upset’ untuk dirinya.

Hakim
Sumber Gambar: FAM

“Tewas dengan jaringan besar adalah satu ‘upset‘ dan ini adalah kali pertama kami kalah dengan jaringan begitu besar 4-0 dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022.”

“Kami tidak beraksi secara berpasukan ketika bertahan dan kita tahu disebabkan oleh gerakan-gerakan serangan balas pantas UAE, mereka cepat menutup ruang dan kami memberikan ruang kepada mereka untuk diambil kesempatan.”

Bercakap mengenai peluang untuk pasukan Malaysia layak ke pusingan seterusnya, Tan Cheng Hoe menjelaskan pemain-pemainnya masih optimis dan positif untuk perlawanan seterusnya. Kami mempunyai masa beberapa hari untuk mempersiapkan pasukan bertemu Vietnam.

E2-opZwXIAINS9Z

“Saya percaya, selepas perlawanan berdepan UAE ini, kami telah belajar dan menerima pengajaran yang sangat berguna dengan mengetahui kekuatan dan kelemahan, saya harap kita akan dapat keputusan yang positif dengan Vietnam.”

Tan Cheng Hoe turut memberitahu bahawa beliau tahu ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo melihat perlawanan malam ini dan melakukan analisis rapi menjelang perlawanan seterusnya.

“Saya tahu Vietnam juga memiliki skuad yang kuat dan dalam beberapa perlawanan sebelum ini juga kami tidak berjaya merekodkan keputusan yang baik berdepan mereka.”

“Kali ini saya harap pemain-pemain saya dapat mempamerkan aksi yang mereka sebenarnya mahu bermain.”

UAE, Thailand dan Malaysia ketika ini terikat dengan 9 mata dan peluang untuk mara ke pusingan berikutnya masih terbuka untuk keempat-empat pasukan.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Pengadil Kontroversi Dari Korea Selatan Di Sukan Asia 2018 Kendalikan Perlawanan UAE Dan Malaysia

RASMI: FAM Umumkan Dion Cools Pemain Kacukan Terkini Sertai Kem Harimau Malaya Di UAE

TERKINI: Dang Van Lam Tidak Akan Ke UAE, Park Hang-seo ‘Kalut’ Cari Pengganti Yang Setara