Benjamin Pavard kini berpotensi untuk menyertai Arsenal selepas berminggu minggu dia berjuang untuk menyertai Manchester United.

Baca Juga:

Kegagalan Man United menjual Harry Maguire ke West Ham United telah membuatkan rundingan kelab itu mendapatkan Benjamin Pavard telah tertangguh.

Sebelum ini Bayern dan Man United mengadakan rundingan yang rancak melibatkan Benjamin Pavard.

Pemain tersebut sudah menyatakan bahawa dia berminat dengan perpindahan ke Man United.

Manchester United menawarkan harga sekitar €30 juta untuk pemain tersebut. Namun Bayern percaya harga itu jauh rendah daripada nilai Pavard yang mereka letak sekitar €45-50 juta.

Pavard sudah mendesak agar perpindahan ini direalisasikan. Tetapi Man United perlu menyelesaikan urusan penjualan Harry Maguire ke West Ham yang menawarkan £30 juta / €35 juta.

Namun berlaku masalah apabila Maguire hanya akan meninggalkan kelab itu jika dia dibayar pampasan £7 juta secara peribadi.

Akhirnya West Ham menamatkan minat mereka ke atas Maguire.

Maguire pula menyatakan dia mahu kekal di Man United dan bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama musim ini.

Apa yang berlaku pada Maguire memberikan impak kepada Benjamin Pavard. Di mana usaha pemain itu untuk menyertai Man United kini tergantung.

Dan Arsenal dikatakan sedia untuk merampas tandatangan Benjamin Pavard daripada menyertai Man United. Ini kerana Arsenal baru sahaja kehilangan Jurrien Timber yang berehat panjang kerana kecederaan ACL.