Bekas jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane sedang hangat dikaitkan dengan satu tawaran hilang akal dari Qatar untuk membimbing pasukan kebangsaan negara itu bagi membuat persediaan rapi Piala Dunia 2022 nanti.

Menurut laporan dari TalkSports beberapa hari yang lalu, seorang ahli perniagaan terkenal Qatar, Aguib Sawiris, memuat naik status dilaman sosial Twitter yang menyebut,”Zidane menyertai Qatar untuk melatih skuad Piala Dunia 2022. £44 juta setahun selama 4 tahun..”

Ramai yang menjangkakan Zidane akan bercuti dari bola sepak buat sementara waktu seperti yang pernah dilakukan oleh beberapa jurulatih lain seperti Pep Guardiola dan Luis Enrique.

Tetapi dengan tawaran sekitar £120,000 (RM638,000) sehari sepanjang 4 tahun itu, Zidane mungkin akan memikirkan tawaran lumayan itu dengan lebih terbuka.

AH3Q54561

Qatar akan layak beraksi dalam Piala Dunia secara automatik sebagai tuan rumah pada 2022 dan akan mencipta sejarah kali pertama skuad kebangsaan mereka akan beraksi di pentas tertinggi bola sepak dunia itu.

Skuad yang berada dikedudukan 101 FIFA Ranking itu, kini dibimbing oleh bekas jurulatih remaja FC Barcelona, Felix Sanchez selepas Jorge Fossati meletakkan jawatan pada pertengahan tahun 2017.

Sumber