Bekas pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT) dan PKNS FC, Gabriel Guerra memberi bayangan beliau bakal kembali beraksi dalam saingan Liga Malaysia.
Baca Juga:
- Aksi Arif Aiman Bertengkar Dengan Lim Teong Kim Curi Perhatian
- Datuk Lim Teong Kim: Apa Kekurangan Perak? Awak Fikir Sendiri
- Malaysia vs Hong Kong: Faisal Halim Teruja Dapat Jaringkan Gol
Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Guerra baru-baru ini memuat naik gambar ketika beliau beraksi bersama JDT dan PKNS FC.
https://www.instagram.com/p/Cqe-YbNOqoC/?igshid=YmMyMTA2M2Y=
“Satu lagi percubaan. Untuk tarian kali terakhir. Ayuh,” kata Gabriel Guerra.
Guerra menampilkan prestasi cemerlang ketika beraksi bersama PKNS selama dua musim pada 2015 dan 2016 dimana beliau membantu pasukan itu mara ke perlawanan akhir Piala FA 2016 yang mana mereka tewas kepada JDT dan juga naib juara Liga Premier pada musim yang sama.
Prestasi cemerlang pemain berusia 29 tahun itu menarik perhatian JDT dan kelab dari Selatan tanah air itu tidak membuang masa untuk terus mendapatkan khidmatnya pada musim 2017.
Bersama JDT, Guerra akhirnya berjaya meraih kejuaraan dimana beliau membantu pasukan itu memenangi saingan Liga Super 2017 dan juga Piala Malaysia pasa tahun yang sama.
Pada 2020, Guerra sepatutnya beraksi bersama Sarawak United namun atas sebab yang tidak diketahui, beliau memutuskan untuk meninggalkan pasukan.
Ada beberapa pasukan yang dilihat memerlukan khidmat Guerra bagi mengukuhkan lagi jentera serangan mereka antaranya Perak dan TRW Kelantan.
Selangor juga menjadi pasukan yang berpotensi untuk mendapatkan khidmat pemain itu dimana sebelum ini kelab tersebut mahu mendapatkan seorang lagi pemain import bagi melengkapkan kuota 9 pemain.
Guerra mempunyai pengalaman luas mengenai saingan liga domestik dan beliau dilihat tidak memerlukan masa yang lama untuk memyesuaikan diri dengan Liga Malaysia.