Saga Frenkie De Jong dalam jendela perpindahan kali ini benar benar rumit. Pemain antarabangsa Belanda itu sebelum ini menyatakan dia tak mahu berpindah. Namun Barcelona memaksanya untuk menerima tawaran Manchester United.
Barcelona dan Man United kemudian sukar mencapai kesepakatan harga untuk pemain itu. De Jong masih kekal dengan pendirian bahawa dia lebih memilih untuk kekal di Barca.
Namun selepas itu, pemain tengah itu terbuka hatinya untuk menyertai Erik Ten Hag di Manchester United.
Barcelona meminta €85 juta untuk pemain itu. Namun Man United hanya menawarkan €65 juta selepas beberapa bidaan mereka ditolak.
Ketika kelabnya dan Man United masih tarik tali soal harga, Laporta kemudian mengumumkan bahawa De Jong bukan untuk dijual.
Barcelona sedia melakukan apa sahaja untuk mempertahankan pemain itu. Namun De Jong harus menerima pemotongan gaji dalam usaha Barca menyelaraskan semula gaji beberapa pemainnya.
Menurut Laporta, De Jong adalah pemain bertaraf dunia. Dan Barca sangat gembira memiliki pemain itu.
Tetapi De Jong menolak pengurangan gaji walaupun dia masih meletakkan Barcelona sebagai keutamaannya.
Perkara ini akan membuka peluang kepada Man United kembali ke landasan terbaik untuk mendapatkan pemain itu.
Kedua dua pasukan sudah mencapai kesepakatan harga €65 juta dibayar secara tetap. Dan berunding untuk bonus €20 juta lagi.
Frenkie de Jong situation 🇳🇱 #FCB
▫️ Man Utd & Barça agreed €65m fixed fee but still discussing on €20m add-ons structure;
▫️ Personal terms never discussed yet;
▫️ Frenkie’s priority has always been to stay at Barça;
▫️ Salary reduction ‘very unlikely’ option on Frenkie side. pic.twitter.com/bXcGIB3II3— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 3, 2022
De Jong menjadi sasaran utama Erik Ten Hag untuk memperkuatkan bahagian tengah pasukannya.