Frank Lampard telah membidas segelintir penyokong yang sudah tidak percaya bahawa Chelsea akan mampu bangkit pada baki musim ini serta ada perasaan takut dalam diri mereka.
Baca Juga:
- Frank Lampard Bakal Kembali Ke Chelsea Sebagai Pengurus Interim
- Skuad Chelsea Hilang Rasa Hormat Ke Atas Potter Punca Utama Pemecatannya
- RASMI: Jodoh Graham Potter Dan Chelsea Berakhir
Chelsea selepas ini akan berhadapan dengan Real Madrid dalam aksi Liga Juara Juara Eropah.
Dengan kekalahan di tangan Wolves minggu lalu, kepulangan semula Lampard membuatkan beberapa penyokong menganggap ianya bukan penyelesaian terbaik masalah Chelsea.
Real Madrid pastinya lawan yang sukar. Walaupun sebelum ini mereka kalah di tangan Villarreal, tetapi Real Madrid sentiasa cemerlang di UCL.
Lampard berharap keajaiban 2012 berulang lagi. Di mana mereka menjuarai UCL pada musim di mana mereka menamatkan liga domestik di tangga keenam.
Dua tahun lalu, Chelsea menjuarai UCL, juga bergelut dalam liga domestik.
Pengurus interim Frank Lampard mahukan anak anak buahnya mengulangi pencapai 11 tahun lalu itu.
Memberikan pandangannya tentang kekalahan di tangan Wolves, Lampard menegaskan bahawa kekalahan itu adalah kerana pasukannya tidak cukup agresif, tak cukup laju serta lemah dalam memenangi duel.
Lampard merupakan sebahagian daripada pasukan yang digelar menggunakan Park The Bus di Nou Camp dalam laluan mereka ke final UCL.
Lampard menyatakan, walaupun taktikal mereka ketika itu tidak begitu cantik, namun dalam pasukan mereka ada karakter yang besar membuatkan segalanya tidak mustahil.
Selain itu, pasukan pada 2012 sarat dengan pemimpin yang menjadi tunjang kepada pasukan.
Semua perkara itu serba serbi kekurangan di Chelsea ketika ini. Lampard sedar situasi itu tidak akan dapat diselesaikan dalam masa beberapa hari.
Frank Lampard tidak mahu penyokong atau pemain yang takut hadir dalam perlawanan ini kelak.
Bercakap kepada wartawan menjelang pertemuan menentang Real Madrid, Lampard berkata: “Kami ada peluang berdepan pasukan luar biasa, kerana, macam saya katakan sebelum ini, jika ada pemain atau penyokong kami yang rasa takut, maka jangan datang.”
“Saya tak rasa sejarah lalu memainkan peranan besar dalam perlawanan ini. Namun saya faham tentang idea romantik itu,” kata Lampard ketika ditanya adakah sejarah akan berulang untuk Chelsea.
“Tidakkah kita semua mahu melihatnya berulang lagi? Kita harus bekerja keras untuk mencapainya.”