Frank Lampard mendedahkan bahawa dia berminat membawa masuk Jude Bellingham ketika di Chelsea.

Baca Juga:

Sebelum itu Lampard menguruskan pasukan yang bermain di liga kejuaraan dan dia sudah mengesan bakat pemain tersebut ketika bersama Birmingham.

Kemudian Bellingham menyertai Borussia Dortmund dengan nilai perpindahan sekitar £25 juta.

Kelab lamanya memutuskan untuk merehatkan nombor 22. Dianggap tindakan gila oleh ramai pihak. Dan kini semakin ramai faham kenapa Birmingham melihat Belligham sebagai bakat yang bakal menjadi legenda bola sepak.

Selepas musim cemerlang di Dortmund, pemain itu menjadi pemain utama di England. Dan kemudiannya menyertai kelab terbesar di dunia iaitu Real Madrid dengan perpindahan menelan kos sekitar €103 juta. Dengan tambahan bonus boleh mencecah €30 juta.

Borussia Dortmund Dapat €133 Juta Daripada Penjualan Jude Bellingham Ke Real Madrid

Dia menikmati permulaan yang luar biasa di Real Madrid dan pada hari ini harganya pasti sangat tinggi.

Frank Lampard mendedahkan bahawa Chelsea sebenarnya ada peluang untuk mendapatkan Bellingham lebih awal dengan harga jauh lebih murah.

Frank Lampard membentangkan idea mahu membeli Jude Bellingham dengan nilai £20 juta. Tanda harga yang diletakkan Birmingham pada masa itu. Namun pengurusan tertinggi Chelsea tidak menyokong idea tersebut.

Lampard malah tidak dapat membincangkan idea itu lebih lanjut dengan pemilik kelab kerana awal awal sudah ditentang.

Lampard berkata: “Ketika saya menguruskan pasukan Chelsea saya terdesak mahu membawa masuk Bellingham. Namun saya tak dapat mengemukakan idea itu kepada pihak atasan.”

“Mereka menolak idea untuk membayar pemain berusia 20 tahun dengan nilai £20 juta.”

Bayangkan Jude Bellingham bergandingan dengan Enzo Fernandez dan Moises Caicedo di bahagian tengah The Blues? Ianya pasti akan menjadi trio tengah yang sangat digeruni.

Apa yang pasti Lampard pastinya sudah berbincang dengan pemain itu berdasarkan kemesraan beliau dengan Bellingham.