Bekas ketua jurulatih skuad B-23 Tahun negara, Frank Bernhardt dikhabarkan bakal kembali menjadi pengendali kelab yang bersaing di Liga Super musim 2023.

Baca Juga:

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana satu pasukan yang sedang bergelut dalam saingan Liga Super telah menghubungi jurulatih itu dan bertanyakan sama ada beliau sedia untuk mengambil alih sebagai ketua jurulatih.

Di ruangan komen, ramai peminat yang beranggapan pasukan yang dimaksudkan oleh Avineshwaran ialah pasukan yang masih belum meraih kemenangan dalam saingan liga dan menghuni dua tangga tercorot dalam carta liga.

Setakat ini, ada empat pasukan yang masih belum meraih kemenangan dalam saingan liga iaitu Penang, Kuala Lumpur City, Negeri Sembilan dan Kelantan United.

Kali terakhir Frank Bernhardt terlibat dalam saingan Liga Super ialah pada musim 2021 ketika beliau membimbing UiTM FC dimana beliau direhatkan oleh penguruskan pasukan pada bulan Ogos setelah mempamerkan prestasi kurang memberangsangkan.

Ketika itu, UiTM mengalami enam kekalahan dan satu seri dalam tujuh perlawanan Liga Super sekaligus meletakkan mereka di tangga tercorot sekaligus berada dalam zon penyingkiran.

Prestasi yang ditampilkan oleh UiTM pada musim 2021 jauh berbeza dengan ketika musim 2020 dimana pasukan itu menamatkan saingan Liga Super di tangga keenam, satu pencapaian yang dikategorikan cemerlang dengan bajet terhad dan juga kekurangan pemain bintang dalam pasukan.

UiTM juga berjaya mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia musim ini setelah menewaskan Kelantan dengan keputusan 3-2 di peringkat 16 pasukan terakhir. Namun mereka terpaksa melupakan perjalanan mereka kerana saingan tersebut dibatalkan ekoran penularan COVID-19 yang melanda negara ketika itu.

Pengurusan pasukan ketika itu gembira dengan prestasi pasukan dan menawaran kontrak lanjutan selama dua musim kepada Bernhardt dan jurulatih dari Jerman itu menolak beberapa tawaran dari pasukan lain seperti seperti Pahang, Melaka, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.